Pages

Followers

Sunday, July 8, 2012

Mana lagi mau cari sahabat macam tu

Terima kasih Allah kerana pertemukan Baie dengan sahabat yang sangat baik dan sangat memahami keadaan Baie.Hanya Allah saja dapat balas jasa baik sahabat Baie tu.Permudahkanlah urusan sahabat Baie itu didunia dan diakhirat...Amin Ya Rabb...

p/s:itu ja? ya!..Terima kasih sahabat...Terima kasih Allah...

Thanx for reading!

Yakinlah bahawa Allah adalah segalanya

Bersawang dah blog Baie...Sekarang jam 6.06 pagi tarikh 8/7/2012 masa Baie mula menaip ni, Baie masih tak dapat nak lelapkan mata.Selepas selesai solat subuh, harap dapat lelapkan mata.Tajuk Baie yang terlintas di kepala Baie ni, sebab Baie tahu dengan keadaan Baie sekarang yang mana boleh dikatakan masih lagi mampu menghadapi setiap dugaan yang Baie terima ni kerana Baie perlu dan wajib yakin bahawa Allah adalah segalanya...Baie akui, keadaan Baie agak berat, tapi Baie masih lagi mampu tersenyum dan bergurau senda dengan kawan-kawan diluar mahupun di facebook.Baie juga tahu, Allah tidak akan memberikan dugaan pada hambanya yang tidak mampu menanggung dugaan tersebut.Jadi Baie percaya, dugaan yang Baie terima ni, adalah kerana Baie mampu.Baie perlu kuat menghadapi apa yang Baie sedang rasai ketika ni...Asal Baie macam terlalu banyak fikir ni.Ya kerana setiap dugaan yang kita terima membuatkan kita berfikir.Berfikir bagaimana mahu selesaikan masalah serta berusaha ke arah lebih baik.Apa yang Baie sedang rasakan sekarang ni adalah mengenai tanggungjawab.Setiap orang ada tanggungjawab masing-masing termasuk juga Baie, cuma tanggungjawab itu kita menerima adalah berbeza untuk setiap orang.Baie dah macam kaunselor dah ni! ... hehe... Yup, cita-cita Baie dulu memang nak jadi kaunselor, apakan daya, hajat tidak kesampaian..Baie juga percaya yang Baie boleh meneruskan cita-cita Baie ni, dengan menolong memberi semangat pada orang-orang yang memerlukan..InsyaAllah...Tu la Baie ni, dah lama tak taip panjang-panjang macam ni kan..hihi..Korang la ni!, langsung tak support Baie!..haha..korang lak kena..tak da la..gurau je la..Dalam dunia bisnes, kita tak boleh salahkan orang lain, kita perlu salahkan diri kita sendiri kerana sikap kita yang cuai.Itu pesanan dari seorang jutawan yang Baie jumpa batu-baru ni yang mana memberikan semangat untuk Baie teruskan apa yang Baie sedang lakukan ni...Terima kasih...Baie hargai setiap apa yang Baie terima dan sangat bersyukur dengan perjalanan hidup Baie sekarang walaupun tidak seberapa indah seperti insan lain yang sangat bertuah hidup dimuka bumi yang sementara ni.Dan Baie juga tahu, ada orang lain lebih menanggung beban tanggunganya dari Baie..Kerana orang tersebut mungkin jauh lebih kuat dari Baie.

p/s: Masa depan kamu adalah hari ni, bukan esok, bukan lusa atau 10 tahun akan datang.Kamu berjaya mengubah hari ni lebih baik, masa depan kamu datang kepadamu untuk hari ni dalam hidup kamu.Kata-kata ini Baie dapat masa berjumpa jutawan tersebut yang mana Baie minta tolong beliau bagi kata-kata semangat kat Baie.Yang dikejar bukanlah kekayaan mahupun nama, tetapi cukuplah sekadar dapat hidup dalam keadaan selesa dan tidak meminta-minta pada orang lain kerana memberi itu lebih mulia dari meminta.Ha ni ayat Baie.. hehe

Thanx for reading!