Pages

Followers

Tuesday, December 25, 2012

Ada duit 'segalanya' boleh!




Memang tak dinafikan, zaman sekarang zaman duit...Tiada duit, merempat la jawabnya..tak nak merempat, up sikit, merempit..lepas merempit kalau menang, dapat gak duit...Amboi!!!...Baie dah la lama tak update blog, tup-tup bersyarah terus..haha...Ok la, berhabuk!!shuhh!!! lap-lap sikit.. sembur pewangi, pengilat sikit..haaa....merrlliikkkkk.. :D...

Apa ada pada kuasa duit ni?
Ramai perempuan cakap, duit tak boleh beli kasih sayang..Ya, Baie juga akui macam tu...Tapi.... Baie rasa musykil dengan keadaan zaman sekarang, dimana, duit didahulukan, kemahuan diutamakan..humm...Eh...sudahlah Baie..tak semua perempuan macam tu...Yeke???... Baie tak salahkan perempuan 100% ... Baie juga tak nak salahkan kerajaan 100% ... Baie juga tak nak salahkan sesiapa... Lebih baik salahkan diri sendiri... kan... hihi... Kalau kita usaha, adalah hasilnya...humm..

Berkenaan dengan duit ni, Baie terpanggil nak update blog atas dasar membaca ikatan pertunangan anak Dato' Yusuf Haslam, Syafiq namanya..Telah bertunang..Ada orang cakap, jodoh dia nak sampai dah..nak buat macam mana..ala....dia anak orang kaya..bole lah...ya dop?..Bagi Baie maybe he's is lucky person in world..Life with everything around him.. cewahhh,...Baie melalut!..hihihi..Rezeki masing-masing..cuma Baie terfikir, anak muda yang lain seangkatan dan seumur dengan anak Dato' Yusuf Haslam tu, tengah buat apa sekarang?..Mungkin sedang menjual nasi lemak, mungkin sedang dalam keadaan tertekan memikirkan masa depan, mungkin sedang berseronok dan enjoy, mungkin sedang menghadapi saat-saat kematian akibat penyakit, mungkin sedang kecewa akan itu dan ini masalah yang dihadapi..Mungkin???... Tiada apa yang mustahil dalam dunia ni kan..Apa pun rezeki, ajal, maut, jodoh semuanya ditangan Tuhan..Tuhan berhak ke atas hambanya yang diinginkanNya..Setiap manusia ada jalan hidup mereka sendiri..Baie!!!... Napa ni?? Jeles kah?... tak la..Baie cuma rasa didunia ni, jika kita mahukan sesuatu, kita perlu berusaha dan lakukan segala kerja yang diingini seiring dengan doa kepadaNya...InsyaAllah diberkati...

p/s:TIADA APA YANG MUSTAHIL BOLEH BERLAKU SELAGI DIIZINKAN OLEHNYA.

Thanx for reading!


Sunday, July 8, 2012

Mana lagi mau cari sahabat macam tu

Terima kasih Allah kerana pertemukan Baie dengan sahabat yang sangat baik dan sangat memahami keadaan Baie.Hanya Allah saja dapat balas jasa baik sahabat Baie tu.Permudahkanlah urusan sahabat Baie itu didunia dan diakhirat...Amin Ya Rabb...

p/s:itu ja? ya!..Terima kasih sahabat...Terima kasih Allah...

Thanx for reading!

Yakinlah bahawa Allah adalah segalanya

Bersawang dah blog Baie...Sekarang jam 6.06 pagi tarikh 8/7/2012 masa Baie mula menaip ni, Baie masih tak dapat nak lelapkan mata.Selepas selesai solat subuh, harap dapat lelapkan mata.Tajuk Baie yang terlintas di kepala Baie ni, sebab Baie tahu dengan keadaan Baie sekarang yang mana boleh dikatakan masih lagi mampu menghadapi setiap dugaan yang Baie terima ni kerana Baie perlu dan wajib yakin bahawa Allah adalah segalanya...Baie akui, keadaan Baie agak berat, tapi Baie masih lagi mampu tersenyum dan bergurau senda dengan kawan-kawan diluar mahupun di facebook.Baie juga tahu, Allah tidak akan memberikan dugaan pada hambanya yang tidak mampu menanggung dugaan tersebut.Jadi Baie percaya, dugaan yang Baie terima ni, adalah kerana Baie mampu.Baie perlu kuat menghadapi apa yang Baie sedang rasai ketika ni...Asal Baie macam terlalu banyak fikir ni.Ya kerana setiap dugaan yang kita terima membuatkan kita berfikir.Berfikir bagaimana mahu selesaikan masalah serta berusaha ke arah lebih baik.Apa yang Baie sedang rasakan sekarang ni adalah mengenai tanggungjawab.Setiap orang ada tanggungjawab masing-masing termasuk juga Baie, cuma tanggungjawab itu kita menerima adalah berbeza untuk setiap orang.Baie dah macam kaunselor dah ni! ... hehe... Yup, cita-cita Baie dulu memang nak jadi kaunselor, apakan daya, hajat tidak kesampaian..Baie juga percaya yang Baie boleh meneruskan cita-cita Baie ni, dengan menolong memberi semangat pada orang-orang yang memerlukan..InsyaAllah...Tu la Baie ni, dah lama tak taip panjang-panjang macam ni kan..hihi..Korang la ni!, langsung tak support Baie!..haha..korang lak kena..tak da la..gurau je la..Dalam dunia bisnes, kita tak boleh salahkan orang lain, kita perlu salahkan diri kita sendiri kerana sikap kita yang cuai.Itu pesanan dari seorang jutawan yang Baie jumpa batu-baru ni yang mana memberikan semangat untuk Baie teruskan apa yang Baie sedang lakukan ni...Terima kasih...Baie hargai setiap apa yang Baie terima dan sangat bersyukur dengan perjalanan hidup Baie sekarang walaupun tidak seberapa indah seperti insan lain yang sangat bertuah hidup dimuka bumi yang sementara ni.Dan Baie juga tahu, ada orang lain lebih menanggung beban tanggunganya dari Baie..Kerana orang tersebut mungkin jauh lebih kuat dari Baie.

p/s: Masa depan kamu adalah hari ni, bukan esok, bukan lusa atau 10 tahun akan datang.Kamu berjaya mengubah hari ni lebih baik, masa depan kamu datang kepadamu untuk hari ni dalam hidup kamu.Kata-kata ini Baie dapat masa berjumpa jutawan tersebut yang mana Baie minta tolong beliau bagi kata-kata semangat kat Baie.Yang dikejar bukanlah kekayaan mahupun nama, tetapi cukuplah sekadar dapat hidup dalam keadaan selesa dan tidak meminta-minta pada orang lain kerana memberi itu lebih mulia dari meminta.Ha ni ayat Baie.. hehe

Thanx for reading!

Thursday, June 28, 2012

Kata-Kata Kecil Yang Membawa Maksud Yang Besar


1. Terima kasih.
Oleh kerana setiap dari kita ini mahu berasa diri dihargai, kata-kata penghargaan akan membuatkan hati rasa hidup dan dihargai. Perkataan seperti - Terima kasih, saya menghargai diri awak, saya rasa berterima kasih pada awak – kata-kata ini adalah makanan kepada jiwa.


2. Saya maafkan awak.
Kita semua melakukan kesilapan dalam hidup. Tanpa disedari atau tanpa niat, kita mungkin melukakan hati kawan-kawan, anak-anak, rakan sekerja dan orang lain. Kata-kata kemaafan menyembuhkan luka di hati dengan membuang beban rasa bersalah yang melumpuhkan diri.


3. Saya sayangkan awak.
Barangkali mungkin pernyataan yang terbesar dalam kalangan yang lain, tiada bandingan untuk: “Saya sayangkan awak”. Kata-kata ini membongkar pemberian Ilahi yang paling fitrah, paling murni, paling suci terhadap manusia: kasih sayang. Hanya satu perkara sahaja yang boleh mengatasi kata-kata “Saya sayangkan awak”, iaitu dengan menunjukkan kasih sayang melalui perbuatan.

4. Saya sudah salah.
Beberapa kata-kata mempunyai kuasa untuk menyalakan sinar kemaafan, seperti pengakuan berani dan tidak mementingkan diri sendiri terhadap kesalahan diri. Apabila kita terluka, kita tahu bahawasa perkara yang telah lepas tidak boleh lagi diubah; namun pengakuan diri terhadap segala keperitan yang telah terjadi kerananya menjadi titik tolak ke arah masa depan yang lebih baik.

5. Awak cantik.
Apabila kita terasa diri tidak cantik, hodoh luaran atau dalaman, ianya amat bermakna apabila kita mendengar masih ada orang yang menganggap kita cantik.

6. Tak apa.
Apabila kita risau, terluka, runsing atau takut, kata-kata sokongan ini membantu membawa ketenangan kepada fikiran. Jika anda pernah menangis dalam dakapan rakan atau kawan anda, anda pasti tahu betapa rasanya untuk ada seseorang yang menyatakan pada anda bahawa segalanya pasti akan jadi baik.

7. Saya faham.
Sudah menjadi fitrah manusia untuk cuba memahami, maka tiadalah yang lebih mengecewakan daripada rasa diri disalah faham. Dalam masa kita terasa keseorangan, disalah fahami atau terasing dalam pendapat diri; seorang sahabat yang memahami adalah sangat-sangat dihargai. Kita tidak semestinya memerlukan orang lain untuk bersetuju dengan pandangan kita, tetapi kita perlu seseorang yang boleh mengatakan, “Saya faham. Saya mula nampak apa yang awak katakan. Saya faham maksud awak.”

8. Awak selamat.
Apabila kita terasa lemah dan takut, kata-kata ini mempunyai kuasa untuk mengembalikan rasa selamat dan perlindungan yang kita perlukan. Ketakutan boleh jadi penyakit pada minda, tetapi kata-kata selamat ini adalah sebahagian daripada penawarnya.

9. Saya mengagumi awak.
Adanya orang yang memandang tinggi pada anda, berfikir tingginya anda, atau terispirasi untuk menurut jejak langkah anda adalah sesuatu yang sangat memberi motivasi. Kata-kata kekaguman adalah memberi semangat, kerana ianya memberi rasa diri kita penting dengan mengingatkan kita bahawa kita memberi kesan kepada yang lain.

10. Saya sokong awak.
Apabila membuat keputusan yang sukar, yang mungkin atau mungkin tidak yang terbaik, ianya sangat bermakna untuk tahu bahawa ada orang bersama anda walau apa pun. Kenyataan seperti, “Saya bersama awak” dan “Saya sokong awak” memberi kita perangsang untuk bergerak ke depan dengan lebih berani.

11. Awak boleh lakukannya.
Apabila anda terfikir untuk berputus asa atau sedang melawan rasa sangsi pada diri, kata-kata perangsang boleh memberi makna yang cukup bererti pada anda. Macam ada sesuatu berkenaan mengetahui bahawa ada orang lain yang percaya pada anda yang menyuburkan semula kepercayaan pada diri anda yang sepatutnya anda ada.

12. Awaklah orangnya.
Kata-kata ini mengatakan saya pilih awak, awaklah orangnya untuk saya, awak istimewa. Tidak banyak perkara yang mengatasi perasaan yang terbit apabila mengetahui bahawa anda berada dalam kedudukan yang istimewa pada seseorang.

13. Ini semuanya untuk awak.
Kebanyakan hari-hari dalam hidup bukan semuanya kita lakukan untuk diri kita, tetapi kita tidak akan lupa hari-hari yang sememangnya untuk kita. Masa-masa seperti harijadi, perkahwinan dan hari graduasi; kita sangat-sangat merasakan bahawa ianya adalah hari-hari teristimewa buat kita. Ianya sangat mengembirakan untuk mempunyai rakan-rakan yang tidak mementingkan diri yang membenarkan hari-hari istimewa anda untuk menjadi 100% semuanya tentang diri anda.

14. Saya ada di sini untuk awak.
Jika perlu teman untuk menangis, anda tahu betapa berkuasanya kata-kata ini. Ianya mengingatkan kita bahawa kita tidak sendirian, bahawa ada orang untuk membantu kita mengharungi kesakitan, kehilangan, kelukaan dan segala kesukaran hidup. Orang yang nampak seperti hidup mereka berjaya pun memerlukan seseorang yang boleh dipercayai di samping mereka.

15. Kerja yang hebat.
Tahniah. Kerja yang hebat. Kerja yang sempurna. Sama ada kita akui atau tidak, kebanyakan kita seronok dengan pengikirafan dari mereka yang lain terhadap usaha-usaha kita. Kata-kata pengiktirafan dan puju-pujian menggerakkan kita untuk berbuat lebih lagi, berkerja lebih kuat dan memberi rasa harga diri.

16. Saya rindu awak.
Kita tidak mampu untuk sentiasa berada bersama dengan orang-orang yang kita sayangi dan cintai, namun ianya sangat bermakna untuk mengetahui diri kita dirindui semasa ketiadaan kita. Ini adalah satu cara untuk menyatakan, saya sayangkan kehadiran diri awak dan saya tidak mampu lagi menanti saat untuk kita bersama lagi.

17. Awak penting.
Kita semua mahu rasa diri kita penting buat seseorang atau sesuatu selain dari diri kita. Mendengar yang diri kita dihargai oleh orang lain, terutama pada masa anda terasa diri tidak berguna atau tidak penting, adalah sangat istimewa.

18. Maafkan saya.
Apabila hati sakit, permintaan maaf yang ikhlas membuka ruang untuk kemaafan dan berbaik semula. Saya minta maaf, tolonglah maafkan saya, saya mohon kemaafan – semua kata-kata ini menunjukkan pengakuan terhadap kerosakan yang dilakukan dan kemahuan untuk mengurangkan sakitnya.

p/s:ingatlah, orang tidak tahu bagaimana perasaan kita sehinggalah kita menyatakannya, jangan anggap mereka tahu. Selamat menjalani hari anda ...

Thanx for reading!

Wednesday, June 27, 2012

Terima Kasih Allah

Terima kasih Allah kerana menyedarkan aku,
sebelum aku hanyut dibawa kealpaan dunia,

Terima kasih Allah kerana memberi ruang untuk aku,
sebelum aku dihimpit kesempitan hidup,

Terima kasih Allah kerana 'jatuhkan' aku,
 sebelum aku berlari meninggalkanMu,

Terima kasih Allah kerana memberi perhatian kepadaku,
sebelum aku beralih arah dariMu,

Terima kasih Allah kerana memberi aku nikmat 'jatuh',
sebelum aku menikmati nikmat yang lagha.

Timbul nukilan kecil dari hati Baie sebelum Baie lelapkan mata

p/s: Baie bersyukur kerana mempunyai Allah S.W.T ...

Thanx for reading!

Saturday, June 23, 2012

Mengenal Antara Sahabat dan Kawan

Baie nak berkongsi sedikit tentang mengenal antara sahabat dan kawan ... Tahu kenapa, sebab Baie sendiri sedang mengalami perkara ni ... Mudah ja kita nak kenal mana sahabat mana kawan ... Sahabat ni sukar dicari ... Kawan? mudah!... sesiapa pun boleh menjadi kawan ... Baie akui, Baie banyak kawan, banyak sangat ...Sahabat? Ya! ... ada .. sekarang baru Baie jumpa betul-betul sahabat ... Kenapa Baie akui begitu??? Nak tahu? Ok, macam ni, Baie akui, sekarang Baie sedang 'jatuh', maksudnya, Baie sedang berada di bawah ... Tak selamanya kita berada di atas ... Semasa Baie berada di bawah ni lah, Baie kenal mana sahabat mana kawan ... Semuanya berpunca kerana duit ... Duit merosakkan hubungan ... Masa kita ada duit, berlambak kawan datang ... Masa tiada duit, hanya sahabat datang membantu ... Ya Baie ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada sahabat Baie ... Sahabat Baie inilah yang menolong Baie masa Baie susah dan juga senang ... Memang sampai mati pun tak akan terbalas budi sahabat Baie ... Baie hanya mampun berikan doa kepada sahabat Baie ...Inilah apa yang Baie rasa tentang hidup mempunyai sahabat dan kawan ... Tapi tak mengapa setiap orang ada kelemahan dan kelebihan ... Ini Baie jadikan sebagai pengajaran kepada Baie ...Baie tahu ada hikmah semuanya ... Allah s.w.t mengetahui perkara yang lebih baik untuk Baie ... Terima kasih Ya Allah kerana memberi dugaan kepada Baie ... Korang macam mana? pernah lalui tak? hihi ... Baie harap korang mampu berfikir yang terbaik dalam hidup .. Baie ni minat jadi kaunselor ni .. Lari topik! ... hehe .. Sampai sini saja, sebelum bertemu lagi ...

p/s : Berkawan biar beribu, bercinta biar satu ... Mengenal semuanya perlu, esok hari kita tahu ... )

Thanx for reading!

Wednesday, June 20, 2012

Oh Tuhan

Oh Tuhan ... aku tahu apa yang terbaik Engkau berikan pada aku ... Sesungguhnya, Engkau mengetahui segalanya ... Apa yang Engkau berikan padaku, aku terima dengan hati yang terbuka ... Segala dugaan yang datang bertimpa-timpa ni, aku kuatkan semangat lalui dugaan ni, hanya kerana mu Ya Allah ... DariMu aku datang, kepadaMu aku kembali ... Engkau berhak keatasku ....

p/s : Baie doakan sesiapa sahaja yang mendapat dugaan hidup, moga anda semua termasuk Baie sendiri, dipermudahkan urusan hidup di dunia dan akhirat ... amin

Thanx for reading!

Friday, April 20, 2012

Hairan

Haaiiipp!!!... Baie hairan??? yo! .. hairan sebab??? sebab keadaan sekeliling ... Awat ceq! ... haha ... Macam ni, Baie hairan dengan sikap orang sekeliling yang mana suka sangat amik kisah pasal Baie, bukan tak Baie nak amik berat, tapi yang bestnya, boleh pulak orang-orang tersebut menilai Baie yang Baie ni 'something2' la kan ... Wah! ... hebatnya ... Lagi best taw apa??? Baie langsung tak kenal pun orang-orang tu! ... haha ... Best tak??? haha ... Adoooii...manusia-manusia... Bila ajak berjumpa tak nak, disuruh tunjuk muka pun tak nak ... Sudahlah, Baie sikit pun tak asa yang Baie ni tergugat dengan orang-orang macam tu ... Moga korang dibukakan pintu hati ye .. Ingatlah, kalau nak menilai orang sekalipun, pastikan anda kenal seseorang tu dengan rapat macam ibu dengan anak ... boleh??? tak boleh kan??? Memang tak boleh pun menilai orang kalau nak tahu! ... Siapa la kita nak menilai orang lain ... Masing-masing ada kelemahan dan kelebihan ... Tak perlu iri hati dengan orang lain ... Gerakkan hidup yang sihat dan harmoni ... Wahh!! dah macam ucapan dari Gabenor ni ... hihi ...

(p/s:Sayangi diri sendiri sebelum menyayangi orang lain, macam tu jugak, nilaikan diri sendiri sebelum menilai orang lain)

Thanx for reading!

Saturday, April 14, 2012

Mari Memahami Apa Itu KARMA ...

Assalammualaikum...Agak lama Baie tidak 'mencuci' blog Baie ni .. hihi .. Ok, hari ni Baie nak kita semua faham apa itu KARMA ... Kenapa Baie nak kita semua faham? ... Macam ni, hari-hari Baie 'online' facebook, disitu banyak Baie baca status-status kawan-kawan Baie yang mana banyak yang mendukacitakan akibat perbuatan-perbuatan yang kurang menyenangkan terhadap mereka... Kalau tak silap, Baie sendiri pun update status macam tu .. hehe .. Ok, anda bacalah apa yang Baie sediakan ni k ...

Apakah KARMA?

Mengikut pengikut ajaran Buddha, KARMA membawa maksud bagi setiap peristiwa yang berlaku, akan disusuli oleh peristiwa yang lain yang berlaku akibat peristiwa pertama, dan peristiwa kedua ini akan membawa nikmat atau sebaliknya bergantung kepada sebab peristiwa pertama.

Begitu juga ajaran Islam, dimana setiap perbuatan kita ada pembalasanya, jika baik perbuatan kita, cukup amalan kita, InsyaAllah syurga menanti tapi kalau sebaliknya Nauzubillah...

Senang Baie terangkan, kalau bahasa orang putih la kan, amboi, selit sikit bahasa orang putih na..hehe.. "What you give, you get back" .. faham tak? hehe ... Kadang-kadang memang ramai pun antara kita yang tak percaya betul ke apa yang kita buat, kita akan terima balik balasanya ...

Kalau baik perbuatan kita, baik la yang kita dapat hasilnya nanti.Tapi kalau jahat perbuatan kita, maka balasan yang kita dapat nanti jahat la juga ... Ha macam tu .. :D

Contoh, kalau hari ini kita lawan cakap mak ayah kita, marah-marah, tengking-tengking mereka, tak mustahil suatu hari nanti anak kita pula yang akan buat macam tu kat kita ... Sebab ajaran Islam dah pun menyatakan dosa lawan mak ayah kan..Bukan perkara main-main..Mungkin sebab kita akan dibayar 'cash & carry' di dunia ... Ala...macam cita drama-drama melayu tu la, tedang mak, last-last dia lumpuh ..ha ....itu cerita sahaja, tiada kena mengena antara yang hidup ataupun yang dah mati, sebagai pengajaran tak salah kita ambil iktibar ...

Kalau hari ini kita mempermainkan perasaan orang, tak mustahil suatu hari nanti orang akan mainkan kembali perasaan kita ... atau mungkin, kalau hari ini kita tipu orang, suatu hari nanti kita pula yang akan di tipu ...

DAN

Kalau hari ini kita buat seseorang menangis kerana dianiaya kita, tunggu je la ... satu masa nanti kita pula yang akan dianiaya dan menitiskan air mata ...

Sebab itu ...

Bila kita nak buat sesuatu yang membawa kesusahan dan penganiyaan kepada orang lain, fikir sama macam mana suatu hari nanti kita pula yang akan menerima nasib yang sama ... tak mustahil jika nasib kita lebih teruk dari orang yang kenakan kita tu ... apa pun tiada perkara yang mustahil didunia selagi diizinkan oleh Allah s.w.t ... sanggup ke???

(p/s:Baie pernah tengok depan mata Baie sendiri sudah 3 orang yang dibayar 'cash & carry' akibat perbuatan mereka, moga mereka dirahmati olehNya...Baie percaya Allah s.w.t itu wujud!)

Thanx for reading!



Wednesday, January 25, 2012

Mencuba

Baie sentiasa mencuba apa yang terbaik untuk Baie dan sekeluarga...Siapa mahu tengok orang lain susah hati bukan? semua orang nak tengok yang indah-indah..sedarlah, sekelip mata akan berubah jika DIA berkehendak..tak mengapa, apa yang kita terima, kita terima...Mana tahu ada hikmah yang baik disebaliknya...Hati sakit, perkara biasa...Jiwa menderita, perkara luar biasa..Jiwa ni jika tidak stabil, akan menyerang bahagian otak..Sebab itu ada hospital sakit jiwa..faham? Buat masa sekarang, jiwa Baie stabil la..amboi..kang ampa kata jiwa Baie tak stabil lak..hahaha..k la..saja 'update'..dah bersawang da blog Baie..jumpa lagi..

(p/: Meskipun sakit, muka tetap mengukir senyuman...suka senyum, awet muda..hihi)

Thanx for reading!

Thursday, January 19, 2012

...


Bukan tiada tajuk...tetapi Baie tepaku dengan keadaan apa yang Baie rasa sehingga Baie tak dapat berfikir tajuk yang sesuai..hehehe... (gelak pulak, ingat serius dah tadi)...Ok...Berapa hari dah Baie tak 'update' ??? Tertinggal kan...adoi..Baie agak sibuk sehingga tak sempat nak 'update'..hihi...Selalu Baie buat temu janji dulu sebelum jumpa, tapi sekarang jadual pun dah penuh, bila dapat 'on call' ja Baie ajak jumpa terus la..senang..kang nak atur-atur tarikh lambat lak...tapi tu pun bergantung pada keadaan Baie la kalau Baie free..hehe... :p..Apa pun Baie buat, Baie sentiasa ingat akan kawan-kawan Baie dan cuba meluangkan masa untuk mereka... Walaupun tidak dapat berjumpa sekalipun, sekurang-kurangnya Baie berhubung menggunakan telefon...I love my friends so much...Adakah mereka juga menyayangi Baie juga???..tanyalah mereka... hihihi... Kesempatan ni juga Baie nak ucapkan terima kasih tak terhingga kepada ALLAH s.w.t yang mana Baie rasa Baie dekat sangat denganNya...Alhamdulillah..semoga Baie terus dekat dengan pencipta kita..InsyaAllah... (Baie nak sangat bercuti di tempat yang indah dan tiada gangguan...Hurm...bila ntah dapat rasa..eheh..penat-penat keja ni, kalau pergi bercuti best ni...hope dapat!.....)

(p/s: member ajak pergi Hatyai cuti raya cina ni ... nak pergi ke tak?)

Thanx for reading!

Tuesday, January 17, 2012

Maaf


Ungkapan maaf dari Baie, dari hujung rambut hingga hujung jari kaki.. :D ..Kenapa Baie minta maaf, yup, sebab Baie fikir apa yang Baie luahkan mungkin ada yang berasa tidak selesa...maaf sekali lagi..Walaupun Baie tidak menyalahkan sesiapa dalam blog Baie, mungkin sedikit sebanyak mempengaruhi seseorang..Mungkin masa Baie nak buat entry baru terikut dengan emosi, mungkin la..Jadi Baie mohon maaf ya semua.. Sayang anda semua.. :)

(p/s: Sedang berusaha ke arah lebih baik..InsyaAllah)

Thanx for reading!

Berkongsi


Berkongsi apakah yang Baie maksudkan itu??? Yang pasti ianya bukan lagi disebabkan masalah cinta atau masalah yang melibatkan apa saja..Baie nak kongsikan perkara yang Baie rasa Baie patut bersyukut kerana Baie diberikan peluang untuk memperbaiki kelemahan yang ada pada Baie...Ada dua perkara yang Baie nak kongsikan. Pertama, Baie sangat-sangat bersyukur ke Allah s.w.t yang mana memberikan rezeki kepada Baie..Walaupun rezeki ni bukanlah untuk Baie nak cepat kaya atau Baie taksub dengan wang ringgit, rezeki ni walaupun tidak banyak hasilnya, tapi Baie mendapat banyak tempahan dari pelanggan-pelanggan yang menghubungi Baie untuk membuat tempahan..Jujur Baie cakapkan, setiap hari ada pelanggan baru yang membuat tempahan..Syukur Alhamdulillah...rezeki yang diberi, walaupun tidak banyak hasil, ianya tetap rezeki bagi Baie..Moga rezeki Baie, keluarga Baie, rakan-rakan Baie, dan pelanggan-pelanggan Baie terus dimurahkan rezeki di dunia dan diakhirat hendakNya..InsyaAllah.. Kedua, Baie baru balik dari berbual dengan rakan-rakan selepas berjumpa dengan pelanggan Baie..Kenapa Baie nak cerita tentang berbual dengan rakan-rakan Baie..Macam ni, ada kisah disebalik berbual-bual kosong tersebut..Baie dipertemukan dan diperkenalkan dengan seorang hamba Allah yang mana malam ni banyak memberi ilmu, pandangan dan nasihat mengenai kehidupan serta agama islam..Tak sia-sia pengisian Baie malam ni...Baie tidak kenal hambal Allah ni, Baie panggil dia cik,dia seorang lelaki bukan perempuan...Banyak pengisian yang Baie dapat dari cik ni.Terima kasih kerana berkongsi dan bertukar-tukar pendapat serta memberikan pandangan.Masih jauh lagi perjalanan untuk Baie mendalami ilmu agama dan Baie akui, Baie masih jauh ketinggalan, jadi InsyaAllah moga Baie terus mendekati agama suci Islam ini...Berbual mengenai perkara macam ni, memang menarik perhatian Baie sampai tidak sedar jam menunjukkan jam 1 pagi dari jam 9.30 tadi Baie dan rakan-rakan dikedai makan tersebut.Agak panjang 'entry' malam ni Baie taip...hehehe..Baca ja la..bagi rajin sikit na... :p ..Ok lah, Baie pun nak tido, esok kerja...hehe..

(p/s: Semoga setiap tindakan dan perlakuan Baie diberkati olehNya...amin...Yang baik itu datangya dari Allah s.w.t, dan yang buruk,hina lagi keji itu datangnya daripada Baie sendiri...)

Thanx for reading!

Sunday, January 15, 2012

Teringat Cerita Masa Sekolah


Cerita apa yang Baie maksudkan? Ok, cerita ni mengenai penipuan...Apa sangkut paut penipuan dengan cerita Baie nak sampaikan??? Ok, macam ni, Ustazah ada cerita, seseorang itu jika menipu kecil, dia akan menipu lagi besar...Untuk menutup menipu kecil dari diketahui, dia perlu menutup dengan penipuan yang besar, dan jika untuk menutup penipuan yang besar dari diketahui, dia perlu menutup pula dengan penipuan lagi besar, dan jika mahu menutup penipuan yang lagi besar dari diketahui, dia perlu menutup lagi dengan penipuan lagi lagi besar dan begitulah seterusnya...Jika dia sudah tidak mampu untuk menipu, anda tahulah apa yang akan terjadi jika orang sekeliling sudah mengetahui...Ustazah sudah pesan, jangan mulakan menipu terhadap orang, itu akan menjadi tabiat...Harus menipu sekiranya keadaan itu mengancam nyawa contohnya : Rumah sepasang suami isteri dimasuki penyamun, penyamun mengugut mahu membunuh sepasang suami isteri jika tidak menyerahkan barang kemas, jadi barang kemas suami isteri tersebut adalah palsu, penyamun bertanya adakah ini yang asli??? Jadi untuk menyelamatkan nyawa, sepasang suami isteri harus berbohong dan mengatakan ianya adalah asli walaupun barang kemas itu adalah palsu...faham???...hurm..itu yang Baie nak kongsikan...faham-faham lah kita ambil yang mana baik dan yang mana buruk...

(p/s: Sama-sama kita ubah ke arah yang lebih baik)

Thanx for reading!

Saturday, January 14, 2012

Diluah Mati Emak, Ditelan Mati Bapa


Apakah masalah yang menimpa Baie??? Baie rasa Baie tidak memulakan masalah ini...Tolonglah jangan buat macam ni kat Baie, Baie rasa macam dianiaya..Baie sejujurnya terima seadanya, tapi mengapa buat kat Baie macam ni???Baie dah la hampir-hampir kemalangan, tapi Baie tak bagitaw sesiapa pun, sebab tak nak ada orang risau tentang Baie..Baie lebih risaukan orang lain dari keselamatan Baie sendiri...Baie lebih pentingkan orang sekeliling Baie...sebab apa??? Sebab Baie SAYANG! orang sekeliling Baie...Janganlah menganiaya sesama kita..Kita ni manusia biasa ja...Bila-bila Pencipta kita boleh buat sesuatu untuk membalas perbuatan kita...Jika DIA kata, jadi, maka jadi lah ia... KUN FA YAKUN.. Wallahulam...

(p/s:Aku sayangkan kau)

Thanx for reading!