Pages

Followers

Tuesday, January 17, 2012

Berkongsi


Berkongsi apakah yang Baie maksudkan itu??? Yang pasti ianya bukan lagi disebabkan masalah cinta atau masalah yang melibatkan apa saja..Baie nak kongsikan perkara yang Baie rasa Baie patut bersyukut kerana Baie diberikan peluang untuk memperbaiki kelemahan yang ada pada Baie...Ada dua perkara yang Baie nak kongsikan. Pertama, Baie sangat-sangat bersyukur ke Allah s.w.t yang mana memberikan rezeki kepada Baie..Walaupun rezeki ni bukanlah untuk Baie nak cepat kaya atau Baie taksub dengan wang ringgit, rezeki ni walaupun tidak banyak hasilnya, tapi Baie mendapat banyak tempahan dari pelanggan-pelanggan yang menghubungi Baie untuk membuat tempahan..Jujur Baie cakapkan, setiap hari ada pelanggan baru yang membuat tempahan..Syukur Alhamdulillah...rezeki yang diberi, walaupun tidak banyak hasil, ianya tetap rezeki bagi Baie..Moga rezeki Baie, keluarga Baie, rakan-rakan Baie, dan pelanggan-pelanggan Baie terus dimurahkan rezeki di dunia dan diakhirat hendakNya..InsyaAllah.. Kedua, Baie baru balik dari berbual dengan rakan-rakan selepas berjumpa dengan pelanggan Baie..Kenapa Baie nak cerita tentang berbual dengan rakan-rakan Baie..Macam ni, ada kisah disebalik berbual-bual kosong tersebut..Baie dipertemukan dan diperkenalkan dengan seorang hamba Allah yang mana malam ni banyak memberi ilmu, pandangan dan nasihat mengenai kehidupan serta agama islam..Tak sia-sia pengisian Baie malam ni...Baie tidak kenal hambal Allah ni, Baie panggil dia cik,dia seorang lelaki bukan perempuan...Banyak pengisian yang Baie dapat dari cik ni.Terima kasih kerana berkongsi dan bertukar-tukar pendapat serta memberikan pandangan.Masih jauh lagi perjalanan untuk Baie mendalami ilmu agama dan Baie akui, Baie masih jauh ketinggalan, jadi InsyaAllah moga Baie terus mendekati agama suci Islam ini...Berbual mengenai perkara macam ni, memang menarik perhatian Baie sampai tidak sedar jam menunjukkan jam 1 pagi dari jam 9.30 tadi Baie dan rakan-rakan dikedai makan tersebut.Agak panjang 'entry' malam ni Baie taip...hehehe..Baca ja la..bagi rajin sikit na... :p ..Ok lah, Baie pun nak tido, esok kerja...hehe..

(p/s: Semoga setiap tindakan dan perlakuan Baie diberkati olehNya...amin...Yang baik itu datangya dari Allah s.w.t, dan yang buruk,hina lagi keji itu datangnya daripada Baie sendiri...)

Thanx for reading!

No comments: