Pages

Followers

Tuesday, June 7, 2011

Sung-bong Choi


Anda kenal dengan nama dan orang di atas?Baie pun tidak kenal..tapi disebabkan kisah dia, bakat yang dia ada akan membuatkan 1 dunia akan kenal.Kisah beliau sangat menyentuh hati.Mengalir juga air mata Baie :)..Beliau ditinggalkan di rumah anak yatim sejak umur 3 tahun dan pada usia 5 tahun beliau melarikan diri dari rumah anak yatim tersebut kerana tidak tahan dipukul...Sejak meninggalkan rumah yatim tersebut, beliau hidup seorang diri.Tidur?jangan cakap la, tidur di mana, pernah tidur di bawah jambatan, dan di tandas.Bayangkan umur beliau pada masa itu sangatlah muda!...Kita kalau umur macam tu, ditatang, dibelai dan dimanja, diberi pakaian, minum susu, dicium dan melakukan perkara-perkara yang seronok..tapi beliau???huh...sangat menakjubkan..Beliau memasuki rancangan Korean Got Talent, kisah beliau yang membuatkan ramai yang tahu, disebabkan hakim bertanyakan pada beliau, kenapa pada borang tidak diisi berkenaan keluarga..Dari situ beliau menceritakan...menyanyi pun beliau hanya mendengar dan mempelajarinya sendiri..semasa beliau menyanyi, hakim dan penonton menangis kerana kelunakkan suara beliau..Sangat hebat...Baie sangat bangga dengan orang yang macam ni...Dapat membuatkan bulu roma Baie naik disebabkan teruja...Hanya orang tertentu sahaja diberi kehidupan yang sangat ajaib...Sangat tabik pada beliau, kerana berjaya hidup seorang diri dan berusaha tanpa bantuan luar....Amazing...anda semua layan sajalah video ni dan kisah penuh beliau ada diceritakan sekali...

I am very proud of the people like you... :) ...


If any film makers who want to make back his story, Baie very excited! Baie has become one of his fans! Thank you, you make me into the spirit to face and get on with life with firm!
Thank you once again ...

(p/s:Baie sudah bagitaw kan pada post yang lepas, orang yang akan berjaya ataupun sudah berjaya mesti mempunyai kisah disebalik kejayaan mereka...)..
Thanx for reading and watching!

Monday, June 6, 2011

GAY!

Ooooppppsss.....errr...gay???kenapa nak cerita tentang gay ni..ala..geli la....aiyak!!!...relax la.bukan nak cerita tentang ehem-ehem tu la..ni nak cerita tentang TYSON GAY...Jaguh pecut Amerika Syarikat...Taw tak, kelmarin TYSON GAY ni dah memecah rekod untuk acara 100 meter...Taw tak berapa catatan masa dia???Pada bulan lepas GAY ni memperbaiki catatan masa dia 9.89 saat, itu pada bulan mei...Kelmarin, pada KEJOHANAN OLAHRAGA STAR ATHLETICS LAST CHANCE id CLERMONT, FLORIDA, TYSON GAY dah mencatat masa terpantas di dunia iaitu 9.79 saat!!!..Gila la...kalau anjing kejar konfirm tak dapat..haha..Ni TYSON GAY kalau korang tak kenal la...

Siapa pulak akan memecah rekod TYSON GAY ni...hurmm..(p/s:teringgin tengok Cristiano Ronaldo vs. Tyson Gay...hihi)..Thanx for reading!

Umur 80 Tahun Jadi Rebutan!!!

Wow!!!!!!!...Siapakah dia???Umur 80 tahun masih menjadi rebutan!!!..pppeewwiittt....Inilah dia model Majalah Vogue keluaran Disember tahun 1946 ketika itu dia berusia 15 tahun...Nama apa???Nama beliau ialah Dell' Orefice yang sudah mencecah usia 80 tahun dan menjadi model tertua di dunia yang mana masih lagi menerima permintaan tinggi di pentas peragaan...hhuuuyyoo..kita kalau dah umur 80 tahun ni..agak-agak la kan, tengah duk buat apa ha???...ada yang main dengan cucu, ada yang dah pakai tongkat, ada yang tiub disumbat sana sini, ada yang nyanyok, ada yang huuuiihh..macam-macam la...yang penting sekali ada yang tak sedar diri bila dah tua..hihi..jangan terasa ye... senyum-senyum...hihi...Berbalik kepada model tersebut, dia masih menjadi pilihan pereka fesyen terkenal Addrienne Vittadini dan Alberta Ferretti...wow..bergetah sangat dah ke sampai masih berkenan ni..rezeki dia la kot..hihi..Dengan ketinggian 178cm pernah menjadi penghias muka depan Majalah Vouge sebanyak enam kali dan 14 kempen kosmetik sebagai jurucakap.Dia ni berdarah campuran Itali dan Hungary, pernah mengalami kesusahan hidup apabila zaman kecilnya , dia terpaksa tinggal di rumah kebajikan dan menumpang di rumah saudara-maranya...(p/s:kebanyakan orang yang telah berjaya mesti ada kisah disebalik kejayaan tersebut..kn2?..)tengok la dulu gambar beliau..kejap beliau kejap dia, mana satu ni..ahhaha..layan saja...



Baie kongsikan cerita ni bukan apa, tak adalah sampai nak buat idola, ceh..cukup setakat kita mengetahui sebagai pengetahuan, masih ada manusia yang berumur 80 tahun yang menjadi kegilaan lagi buat masa sekarang...Kalau yang tak nak amik taw tu, terpulang la..haha...Thanx for reading!

FIQ

Hello...anda kenal FIQ?...ala....FIQ MENTOR yang menyanyi lagu 3 malam tanpa bintang dan lagu manifiestasi cinta...ingat kan?..tak ingat jugak tak taw la..hihi...FIQ ni salah sorang artis yang Baie minat la..Baie minat artis yang vocal tinggi macam artis yang lain iaitu, BLACK, STACY, ZIANA ZAIN dan ramai lagi...suara tinggi ni best bila kita tarik ja, kita asa puas taw..tak caya?cuba p karok tengok..pas tu nyanyi lagu yang perlu menggunakan vokal tinggi..pergghh.,..memang puas la..macam lepas geram..so, sapa-sapa ada masalah, g la karok, at least dapat kurangkan tekanan ye dok?..hihi..Berbalik kepada FIQ...Walaupun FIQ agak kurang menyerlah selepas habis program realiti yang disertainya, tetapi ada yang mengenali FIQ, contohnya, BAIE la...hihi.,.Baru-baru ni, FIQ ada mengeluarkan lagu terbaru, berkenaan mangsa-mangsa perang..sedih!..memang sedih!...lagu yang dibuat oleh AMIR dan lirik oleh KRANG berjudul TRAGIS...Video klip yang memaparkan kematian anggota keluarga disebuah bandar akibat peperangan...korang la enjoy la dulu video ni..nice video serta lirik lagu dan susunan muzik..agak tersentuh...layan dulu ya...

FIQ - TRAGIS


Harap-harap di Malaysia tiada peperangan seperti ini...Syukur Malaysia masih aman.LOVE MALAYSIA...(p/s:yang ada cuma peperangan antara politik yang tiada berkesudahan)..apa pun Thanx for reading and watching!

Sunday, June 5, 2011

Kuala Perlis

Saat Baie menulis ni, Baie baru balik dari kuar lepak bersama kawan-kawan terbaik dan rapat dengan Baie..Kuala Perlis?Kenapa Kuala Perlis?Kenapa Baie nak tulis tentang Kuala Perlis...emm..tadi Baie kuar lepak, wow...sangat ramai orang dalam pekan Kuala Perlis, macam ada kenduri, dengan kereta diletakkan kiri dan kanan jalan,kedai-kedai makan di sekitar Kuala Perlis ada yang untung besar malam ni...Ya la kan, hari minggu, tambahan pula, cuti sempena Hari Agong kan..Anda lalu sajalah jalan mana yang ada kedai makan, semua ada pelanggan yang ramai lebih dari biasa.Baie terlupa lak nak ambil gambar, kalau tak boleh korang tengok.Antara kedai yang sangat ramai, Kedai MUSLIM IKAN BAKAR depan petronas Kuala Perlis, depan Hotel Putra Brasmana, KOMALAUT, tepi pantai warung 3557 (kedai Baie lepak tadi), gerai-gerai kecil tepi jalan yang jual makanan bakar, kedai disekitar pekan Kuala Perlis, wah..banyak kedai makan di Kuala Perlis.Kebanyakan kedai yang terdapat di Kuala Perlis adalah kedai yang menjual makanan laut seperti, ikan, sotong, kerang, ketam dan macam-macam lagi..Tak hairan la kawasan Kuala Perlis terletak di pinggir laut dan pelbagai jenis makanan dan masakan ada seperti, ikan bakar, ikan masak stim, ikan tiga rasa, sotong goreng tepung, tomyam, sayur kailan, wah...........banyak..mai la Kuala Perlis, bawa mak ayah, sedara-sedara semua sekali sekala...best kan kalau dapat makan ramai-ramai..bagi Baie la kan, Kuala Perlis pada waktu malam lebih meriah dari tempat-tempat lain yang ada di Negeri Perlis ni.Nasib la Baie pun tinggal di Kuala Perlis..hehe..best2..hihi..ok la, saja Baie ceritakan sikit mengenai Kuala Perlis ni, tempat tinggal mestilah cerita..kan2..salah satu cara mempromosi Negeri Perlis...orait..apa-apa pun Thanx for reading!

Friday, June 3, 2011

Nur Airis Safira

Uhuk...sapa empunya nama tu?...Kekasih hati Baie kah?Bakal isteri Baie kah?Secret admire Baie kah?kah?kah?kah?..amboi..banyak kah..hihi..erm...nama tu adalah empunya anak sepupu..montel!...geram doh tengok..kat bawah Baie ada upload gambar baby comel lote tu..Sebenarnya, ada permintaan dari seseorang yang nak tengok baby pupu Baie ni...Jadi Baie nak tunaikan lah hasrat dia tu..em..da seminggu lebih dah Baie tak upload dalam facebook untuk dia tengok, tapi dah alang-alang Baie aktif kembali berblog ni, update dalam blog ja la..sorry ya too akak yang berada di Negeri Sembilan...Tak sempat nak upload sebelum ni, kerja sangat banyak..ha ni ada masa terluang, upload la..dah listkan untuk akak...ngee~~~..ok...akak layan la gambar tu dulu ya..hope gambar tu akak puas hati..orait...layan la dulu gambar Nur Airis Safira ni ya...



Memang comel!...muuuaahhh!...hihi...(p/s:ada orang tanya Baie, Baie bila nak ada anak sendiri???..hihi..Bila tiba masanya, umur panjang, jodoh sampai, ada la..kan2..btol tak?ngee~~.pa pun Thanx for reading!

KL Gangster

Tak sabar beb rasanya nak tengok movie ni..trailer pun dah gempak..harap-harap gempak la..Arahan pengarah muda, sapa lagi kalau bukan Syamsul Yusof...Pergh...harap-harap terbaik la cerita ni berbanding arahan Farid Kamil melalui cerita Kongsi yang mana rata-rata mengiyakan apabila cerita Kongsi kurang menarik.Ntah la, apa pun kita support la filem keluaran tempatan kita.Baie ada sediakan sinopsis mengenai KL Gengster ni.Untuk pengetahuan semua filem ni kan ditayangkan pada 9 Jun 2011 ... Jom pakat-pakat serbu na..

Lakonan : Aaron Aziz, Syamsul Yusof, Zizan Raja Lawak, Adi Putra, Zul Huzaimy, Sheera Iskandar, Wan Maimunah dan Ridzuan Hashim.

Sinopsis:

"Mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster, seorang bernama Malek dan seorang lagi Jai. Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.

Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang dah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan baru. King mengarahkan orangorangnya supaya tidak menganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi “Raja” di KL ini. Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.

Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antaraorang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang. Tapi dengan kemunculan Malek, Shark terasa semakin tergugat. Beliau terasa tercabar. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malek tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malek yang dianggap sebagai sahabat.

King kurang senang dengan karenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin. Kerana tamakan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya beserta Malek. bagi Shark, Maleklah punca segalanya. Dengan itu, Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Disinilah bermula konflik diantara saudara dan kesetiaan keluarga dan kumpulan… Nyawa atau harga diri. Dimanakah penghujung pertempuran mereka…segala-galanya akan terjawab dalam “KL GANGSTER”.

KL GANGSTER 2011 OFFICIAL TRAILER HD



Thanx for reading and watching!

Kes Bayi Di Buang Di Flat Sentul Utara

Apa nak jadi ha..kes ni dah banyak kali dah...tp kes ni paling menyayat hati, bayangkan bayi dicampak dari tempat tinggi hingga terburai kepala.MasyaAllah....kenapa la diperlakukan sedemikian..Anda nak tengok gambar bayi tersebut?bagi yang bleh tahan tengok, tengok la, kalau tak berani tengok, jangan tengok..kesian ya amat..sangat-sangat kesian..Baca dulu petikan dibawah, mugkin ada yang terlepas sebelum tengok mayat bayi tersebut...(p/s:tolonglah jangan buat begitu lagi...sadis dan sungguh tragis...)

"KUALA LUMPUR: Kekejaman jenayah buang bayi ibarat mencapai tahap kemuncak apabila seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui mati dengan kepala berkecai dipercayai akibat dicampak dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Sentul Utara, di sini, jam 12 tengah malam kelmarin.

Bayi berkenaan dipercayai masih hidup sebelum dicampak. Dipercayai bayi itu dibawa seseorang ke tingkat lima pangsapuri berkenaan berdasarkan kesan darah yang ditemui di tangga bangunan itu.
Penduduk yang menemui mangsa, Ahmad Azhari, 34, berkata ketika itu dia baru meletakkan keretanya di tempat letak kenderaan di bawah pangsapuri berkenaan.

Menurutnya, ketika berjalan menuju rumahnya, dia melihat benda seakan-akan bayi terbaring di tepi tong sampah di atas jalan.
“Saya pada mulanya menyangka benda itu anak patung, namun pelik apabila melihat ada kesan darah. Saya kemudian berjumpa jiran yang berada berdekatan dan menyuruhnya memeriksa objek itu dan terkejut apabila mendapati ia mayat bayi,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Jirannya, Mokhtar Ahmad berkata, ketika melihat mayat bayi itu dari dekat, hatinya amat tersentuh kerana terdapat kecederaan teruk pada kepala bayi itu. Tak sangka ada manusia tergamak melakukan perbuatan kejam ini,” katanya yang melaporkan kejadian itu kepada polis.

Pengerusi Rukun Tetangga pangsapuri berkenaan, Ramli Abd Aziz, 43, berkata selama 17 tahun menetap di situ, ini kali pertama kejadian pembuangan bayi secara kejam berlaku.
“Geram apabila difikirkan mereka melakukan perbuatan kejam itu dan sayu rasanya ketika saya melihat darah bayi itu yang keluar dari kepalanya.

Petikan berita dari hmetro.com.my,pada 2 Jun 2011"

Anda bersedia nak tengok?....

tolonglah...saat melihat gambar ini, tak dapat nak menggambarkan betapa kejamnya tindakan yang dilakukan oleh si pelaku.itu bayi...NYAWA dan kurnia yang diberikan Allah s.w.t..sangat sedih... :( .. Thanx for reading!

Latar Belakang IBLIS LAKNATULLAH

Jom kita ketahui bagaimana latar belakang IBLIS, kira macam resume gak la nak minta kerja lebih kurang tp lebih kepada errm...cam na nak cakap or tulis ea..baca ja la.. :)

Nama : IBLIS LAKNATULLAH

T.Kelahiran : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s

Status diri : Fasik kelas pertama

Agama : Kufur

Tempat Tinggal : Hati-hati mereka yang lalai

Alamat Tetap : Neraka jahanam

Kawasan : Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah

Arah perjalanan : Tiada haluan dan bengkang bengkok

Isteri : Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya

Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah

Modal pusingan : Angan angan kosong

Tempat pertemuan : Pasar pasar

Musuh ketat : Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa

Motto kerja : 'Hipokrasi asas akhlak'

Hobi : Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkannya

Cita cita : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir

Kelemahannya : Bila orang membaca istighfar

Logo : Sebarang tatu

Pejabat operasi : Tandas.bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat tempat maksiat

Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia

Sumber pendapatan : Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba

Jenis perkhidmatan : Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap Allah

Tempoh perkhidmatan : Sehingga hari khiamat

Matlamat : Membawa setiap makhluk ke neraka jahanam

Teman sejawat : Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran

Ganjaran : Dosa dan kemurkaan Allah

Pembantu setia : Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam

Makanan kegemaran : Daging orang mati dan segala najis dan kotoran

Yang ditakuti : Orang mukmin yang bertakwa

Yang dibenci : Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah

Alat perangkap : Wanita cantik,model,pelacur.pragawati,dan sebagainya

Saat ajal : Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak

Tugas yang paling disukai : Homoseks dan lesbian

Janji janji : Janji kosong,angan angan dan tipu daya

Yang membuatnya menangis : Bila orang sujud kepada Allah


Jadi, ada sesiapa yang berminat untuk mengambil IBLIS LAKNATULLAH ni bekerja dengan anda???

Thanx for reading!

Hebatnya Membaca BISMILLAH

Amalkanlah bacaan Bismillah..sesungguhnya setiap perkara yang ingin dilakukan mahupun tindakan, mulakanlah dengan Bismillah..Baie nak kongsikan satu cerita mengenai berkatnya di sebalik membaca Bismillah...

"Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.

Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja."

Alhamdulillah...berkat mengamalkan Bismillah juga boleh mengubah seseorang menjadi lebih baik...sama-sama kita amalkan..:)

Thanx for reading!

10 Perkara Yang Membuatkan Solat Kita Ditolak

Salam...

Beringatlah...

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan arang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya".

Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud: "10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah:

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).

4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.

6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.

7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.

8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.

9. Orang yang suka makan riba.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.


Hanya berkongsi apa yang sepatutnya..tidak salah bukan..kita sesama islam, saling ingat-mengingati...:)

Thanx for reading!

Thursday, June 2, 2011

Pekerja Kreatif

Jom kita tengok kekreatifan diorang...


Di kedai kain sari



Di tempat pembinaan, salah satu tempat di Afrika



Di India mungkin



Dalam bilik fotostat (kretif tak kena tempat)haha



hihi..Thanx for reading and watching!

Err....Ada story ni..hihi

Salam ceria semuanya..
haaiiyyaa.ffuuuhh!..fffuuhh!..berdebu!..ahhaha...Baie nak luahkan ckit ni..Baie rasa-rasa la kan memang tak menjadi kot nak upgrade blog Baie, bukan apa, memanjang sibuk dengan kerja, bila ntah nk buatnya...hahaha..baik Baie buat macam dulu ja...senang..kongsi je apa-apa pun, hal berkenaan kerja tak nak dah update dalam ni, biar bual dalam facebook xpa kan..bukan apa, tempahan yang nak di buat dari Baie kebanyakan bukan dari blog, tapi ON CALL dan jumpa..hurmm...senang-senang buat macam dulu kan..lagi best..kongsi mcam-macam..kerja letak tepi..mesti ada follower akan cakap dalam hati, ala...kalau nak promote job, dalam blog pun apa salahnya...hurm..tahu la..tapi ni kan blog Baie, Baie nya suka la..haha..jangan marah taw..Baie dah buat keputusan macam tu dah..hihihi..Banyak benda nak kongsi ni, tak pa, apa pun Baie akan terus mengupdate...yeah!!!...sekarang jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi..nak kongsi pun next time la..maybe sok, lusa, tulat, tungging, terbalik Baie update..yeay..jom, Baie kena tido ni, nak keja...dah la punch card bulan ni suma merah..hahahah...adeh..teruk-teruk..kena potong gaji lak tu..aiyak..terima kasih kepada sesiapa yang selalu bertanya...sayang korang... :) apa pun, Thanx for reading!