Pages

Followers

Tuesday, July 28, 2009

Macam-macam...

ada btol ke?
spe la yg wt bngnan ni... pelik2.. de jgak bngunan cm ni? mmg selesa la klo korang dduk..huhu

Sebenarnya...bnyak prkra plik yg xprnah kta tgk..da prkara yg diluar jngkaan kta..adakah disebabkn kmajuan manusia yang berjaya mnghsilkan dan mncipta perkra2 cm tu..huhu..pk2..
Thanx for reading!

Ingin Duduk Atas Kerusi Begini???






Banyak manfaat taw!..
Bkn bleh dduk je..siap bleh mmbaca g..siap leh dating n mlukis g..huhu
Thanx for reading!

Untuk Perempuan Yang Gila kan Kasut....






BERANI KAH ANDA MENCUBA KASUT SEPERTI INI...
Jika anda kata ya...anda la manusia yang lain dri yang lain..
Thanx for reading!

Monday, July 27, 2009

Kuasa Bulu Mata...


MATA umpama cermin kaca yang menjadi refleksi suara hati. Apa sahaja isi hati seseorang, semuanya jelas terpancar menerusi pancaindera itu.

Sebagai satu langkah merevolusi dan menginovasi teknik solekan, jenama kosmetik terkenal, Shu Uemura memperkenalkan koleksi Tokyo Lash Bar 2009, baru-baru ini.

Koleksi Tokyo Lash Bar menampilkan bulu mata palsu yang menjadi instrumen alternatif yang cukup unik. Ini kerana ia memberi impak dramatik dan menggoda pada mata. Ia juga mendapat sentuhan barisan jurusolek profesional jenama Shu Uemura yang dikenali sebagai black book artis. Antaranya ialah Stevensunny, Taisu, Emma Mustafa, Chufan, Najeeb, Surya Zainul dan Sheng Saw.Thanx for reading!

Perginya Sebutir Permata Seni...




Al-Fatihah...Semoga roh Allahyarham Yasmin dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan yang beriman..Amin..

MASIH jelas terbayang dalam ingatan ramai orang di Malaysia pada sosok bernama Yasmin Ahmad. Siapa sahaja yang tidak teringat dengan pesonanya yang dilihat sering menyarung baju kebaya putih dan dipadankan dengan kain batik, berselipar serta menjinjit tas tangan sambil berjalan penuh santun.

Kesederhanaan pengarah filem prolifik itu yang menyuntik elemen masyarakat majmuk tanpa menunjukkan sebarang kemewahan duniawi dalam karya garapannya sebelum ini membuatkan dia lekas meraih perhatian khalayak pelbagai kaum.Saat Allahyarham Yasmin, 51, dikebumikan, deraian air mata pantas gugur dan bergenang dalam kelopak mata setiap ahli keluarganya. Mereka seolah-olah tidak mampu berdepan dengan hakikat anak yang selama ini ditatang bagai minyak yang penuh berada di dalam liang lahad.Allahyarham Yasmin telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Pakar Damansara, Petaling Jaya pada pukul 11.25 malam kelmarin selepas menjalani pembedahan pada Khamis lalu setelah diserang strok dan mengalami pendarahan otak.Walaupun beliau sudah tiada di muka bumi ini lagi, paling pasti rakyat Malaysia tetap akan merindui beliau. Tiada kata lain yang dapat dizahirkan melainkan ucapan semoga Yasmin ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan rohnya bersemadi dengan aman di alam seterusnya. Selamat tinggal Yasmin! Thanx for reading!

Saturday, July 25, 2009

Alasan berbohong oleh wanita...

Umumnya, wanita berbohong bukannya disebabkan mereka tiada arah tuju atau cuba mencipta sesuatu perkara yang tidak masuk fikiran. Terdapat beberapa alasan yang mendorong mereka melakukan hal ini.


1. Balas dendam

Sekiranya kamu berani mengkhianati cintanya, dia juga akan berani membalasnya. Bahkan, dia lebih hebat daripada kamu. Walaupun tindakannya itu telah diketahui, mungkin dia sengaja melakukan sedemikian. Ramai wanita mempunyai cara tersendiri saat menghadapi situasi pembohongan yang dilakukan kekasihnya. Malah, dia juga berani melakukannya dengan secara tersembunyi, tanpa pengetahuan kamu.

2. Urutan kasih

Wanita sememangnya menginginkan dirinya dicintai dan dihargai. Apatah lagi, mengharapkan sebuah percintaan yang tiada titik noktahnya. Lebih-lebih lagi daripada insan tersayang. Mereka ingin menjadi wanita pertama di dalam hidup kamu dan bukannya, berada di tangga kedua atau berikutnya. Sekali kamu menduakan cintanya, dia akan berkali-kali mengkhianati hidup kamu.

3. Kekerasan

Kini, ramai wanita semakin sedar tentang pentingnya penghargaan yang patut diterimanya. Salah satunya ialah bersikap tegas ketika pasangannya melakukan kekerasan (umumnya secara fizikal) kepadanya. Mungkin pada awalnya dia akan cuba bertahan, tetapi apabila kamu kembali mengulangi tindakan tersebut, mereka akan meninggalkan kamu tanpa sebaris nota. Mereka yakin, masih ramai lelaki di luar sana yang dapat menghargai dirinya yang jauh lebih baik daripada kamu.

4. Hambar

Wanita begitu gemar hal-hal yang remeh atau kecil. Misalnya, hari ulang tahunnya, hari jadi kamu berdua atau hal-hal istimewa lainnya. Hati-hati bila kamu menganggap semua ini sebagai hal yang remeh. Apatah lagi apabila selama ini, si dia selalu mengurus hal yang melibatkan pengorbanan demi kekasihnya.Sekiranya, kamu tidak pernah sesekali menghargai apa yang dia lakukan untuk kamu dan mengabaikan hal-hal yang dianggapnya penting, bersiap sedialah menghadapi pertengkaran yang hebat.

5. Seks

Meskipun kamu tidak memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap si dia, ketidakpuasan dalam urusan seks mampu memberi kesan yang mendalam terhadap perhubungan. Ingat, akibat kurangnya layanan seks, ia akan mendatangkan kesan bahaya dalam perkahwinan. Oleh itu, segeralah mencari jalan penyelesaiannya.

6. Cadangan

Saat putus cinta, biasanya kaum wanita lebih cepat 'menderita' ketika menghadapi hari-hari mendatang sebelum mampu bangkit semula untuk hidup gembira.

Ini kerana, sewaktu dia mendapat petunjuk bahawa perhubungan itu tidak dapat dipertahankan lagi, mungkin dia akan mencari pengganti kamu. Jadi, sekiranya kamu benar-benar mencintainya, perbaikilah hubungan kamu dengannya segera.

7. Jejaka bermasalah

Maksudnya, terdapat banyak perkara di sekeliling kamu yang membuatkan pasangan merasakan kamu tidak diperlukan lagi. Sebabnya, selain menjalani hubungan cinta yang sudah tentunya tidak lepas daripada kekangan masalah, kamu juga harus menangani karakter kekasih yang semakin berani. Ingat, dia bersikap sedemikian disebabkan kamu yang memulakannya dahulu.

8. Hubungan tiada kesudahan

Kebiasaannya, saat menjalani hubungan dengan pasangan, wanita menginginkan adanya hubungan yang penuh komitmen, iaitu hubungan yang diakhiri dengan keputusan membanggakan.

Apabila sudah lama menjalin hubungan cinta, tetapi tiada keputusan untuk ke jinjang pelamin, wanita akan berfikir bahawa kamu tidak lagi menginginkan dia dalam hidupnya. Jadi, buat apa menunggu kamu dengan lebih lama?

9. Bosan

Hal ini muncul disebabkan dia terperangkap dalam rutin hariannya sama ada kerja rumah mahupun hubungan yang dijalinkan itu begitu membosankan.

Baginya, jika kamu tidak memberinya perhatian yang diharapkan dan waktu kamu pula lebih banyak dihabiskan untuk urusan lain, biasanya wanita akan mencari jalan penyelesaiannya yang tersendiri. Perlu diingatkan bahawa wanita gemarkan suatu kejutan dan selalu ingin dirinya lebih istimewa.

10. Hubungan tidak diduga

Pada awalnya, dia berasa terlalu selesa saat menjalin hubungan dengan kamu. Tetapi ternyata, dia tidak menikmati kehangatan bersama dan terasa begitu terikat dengan kamu. Tidak hairanlah apabila kamu masih cuba membawanya ke sana dan ke sini, dia mula bersikap dingin kerana sudah menyerahkan seluruh perasaannya kepada insan lain.Thanx for reading!




Kawan...

Kata Mak,
Kawan tu ibarat lebah,
Abis madu sepah dibuang...
Kata Ayah,
Kawan tu umpama bunga ros, Dipandang cantik,
Dipegang sakit...
Kata Atuk,
Kawan tu seperti air,
Terus mengalir...
Kata Nenek,
Kawan tu bak bulan,
Dipuja dan disanjung,
Tapi nun jauh di sana...
Kate Sedare,
Kawan tu macam makanan,
Kawan makan kawan...
Kata Abang,
Kawan tu seperti lembu,
Mengikut saje ape dikata...
Kata Kakak,
Kawan tu tak ubah macam durian,
Bau je busuk,
Tapi sedap dimakan...
Kata Adik,
Kawan tu macam biskut,
Kejap ade kejap takde...
Kata Aku,
Kawan tu tak kisahlah camner,
Walaupun dier...
IBARAT LEBAH,
UMPAMA BUNGA ROS,
SEPERTI AIR,
BAK BULAN,
MACAM MAKANAN,
SEPERTI LEMBU,
TAK UBAH MACAM DURIAN,
MACAM BISKUT,
Dier tetap kawan...
Tw x sebab ape?
Skali aku dah kawan ngan dier,
Selamenyer dier tetap kawan aku,
Itu cara aku berkawan...
Walaupun kita ader kekasih,
Tapi,
Teman tetap paling setia...
Walaupun kita punyai harta yang banyak,
Teman tetap paling berharga...
:)Thanx for reading!

Tolong Tegur...


Tolong tegur si dia, bila dia mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia hanyut dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, bila nafsu mengawal mindanya..

Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarga..

Tolong sabarkan si dia, cita-cita paling utama sebelum cinta..
Tolong sabarkan si dia, andai jauh diri ini kerana menjaga batas cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menambahkan rindunya..

Tolong pesan padanya, aku tidak mahu memalukannya..
Tolong pesan padanya, aku mahu dia berjaya mencapai cita-citanya..
Tolong pesan padanya, aku berdoa supaya Yang Maha Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan padanya, aku tidak mahu melekakannya..
Tolong khabarkan padanya, aku tidak mahu dia gagal dalam perjuangannya..
Tolong khabarkan padanya, aku sentiasa mendoakan kejayaannya..

Tolong sampaikan padanya, aku harapkan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan padanya, cinta kerana Allah tidak ternilai harganaya..
Tolong sampaikan padanya, hubungan dengan-Nya perlu dijaga..
Tolong sampaikan padanya kerana aku tidak mampu menyampaikannya sendiri kepadanya..

Hanya Engkau Ya Allah yang mengetahui siapa dirinya..
Moga pesananku sampai kepadanya walau siapa jua dan dimana jua dirinya berada..
Simpanlah pesanan ini sehingga Engkau bertemukan ku dengan si dia suatu hari nanti..
Terima kasih Ya Allah.. :)

Thanx for reading!