Pages

Followers

Sunday, July 31, 2011

6 Perkara Hati Jadi Mati

Ehem-ehem...6 perkara hati jadi mati???Erm..Baie akui Baie bukanlah seorang yang sangat-sangat mengetahui ilmu agama..Akan tetapi Baie tidaklah jahil terhadap agama islam kita...6 perkara hati jadi mati mungkin juga pernah berlaku pada Baie atau sesiapa sahaja, kerana apa, kita sememangnya lemah dari segala gelora nafsu..perkara-perkara tersebut ialah :

1 . Sengaja melakukan dosa kerana masih ingat mempunyai harapan untuk bertaubat.
2. Mengajarkan ilmu pengetahuan tetapi tidak mengamalkannya.
3. Buat amalan tetapi tidak ikhlas.
4. Makan rezeki daripada Allah s.w.t tetapi tidak mensyukuri diatas nikmat diberikan.
5. Tidak pernah puas dengan pemberian Allah s.w.t.
6. Mengebumikan jenazah tetapi tidak pernah mengambil iktibar dari peristiwa itu.

Agak-agaklah kan, ada tak perkara tersebut dalam diri kita???Bukan keenam-enam perkara,salah satu pun dah cukup..ada tak???Moga kita dihindari daripada perkara-perkara tersebut.

(p/s:Malu dengan diri sendiri apabila melihat kanak-kanak yang berjaya menghafal Al-Quran serta dapat mengalunkan ayat-ayat suci dengan baik...)

Thanx for reading!

Kesan Setiap Malam Solat Tarawih

Bermula malam ini, solat sunat tarawih yang pertama untuk tahun 2011...Mungkin ada yang tidak mengetahui kesan setiap malam solat tarawih yang kita lakukan pada bulan ramadhan selama 30 hari...Bacalah untuk kita mengetahui kesan setiap malam solat tarawih..

Sayidina Ali Abi Talib ra. meriwayatkan sebuah Hadis (yang panjang) daripada Raulullah s.a.w, iaitu jawapan baginda ketika ditanya oleh para sahabat mengenai fadhilat dan kelebihan solat Tarawih pada setiap malam di bulan Ramadhan.
Baginda bersabda bahawa:

Malam ke 1
Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

Malam ke 2
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa- dosa kedua ibu bapanya.

Malam ke 3
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

Malam ke 4
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam ke 5
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam ke 6
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

Malam ke 7
Seoalah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

Malam ke 8
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Malam ke 9
Allah S.W.T akan mengumiakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad SAW.

Malam ke 10
Allah SWT mengurniakan kepada kebaikan dunia dan akhirat.

Malam ke 11
la meninggal dunia didalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

Malam ke 12

la akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

Malam ke 13

la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

Malam ke 14

Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

Malam ke 15

Semua malaikat yang memikul Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam ke 16

Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam ke 17

Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam ke 18

Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

Malam ke 19

Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam syurga firdaus.

Malam ke 20

Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

Malam ke 21

Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

Malam ke 22

la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

Malam ke 23

Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

Malam ke 24

Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

Malam ke 25

Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

Malam ke 26

Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

Malam ke 27

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

Malam ke 28

Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

Malam ke 29

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

Malam ke 30

Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumiah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW yang bernama Al-Kautsar.

Selamat menjalani ibadah puasa dan tambahkan amalan kebaikan serta dapatkan keredhaan dariNya...InsyaAllah...Amin Ya Robbal Alamin...


(p/s:lakukan dengan hati yang ikhlas bukan semata-mata untuk mendapatkan kesan setiap malam solat tarawih)

Thanx for reading!

Fikirkan Sejenak

Mungkin anda pernah baca artikel ini, tetapi, tidak salah jika hendak berkongsi semula.

Ada tiga tin Coca-cola dihasilkan dari satu kilang yang sama. Mereka diletakkan di tiga bakul yang berbeza.

Bila sudah sampai masanya, ketiga-tiga tin coca-cola dinaikkan ke dalam lori yang sama dan dihantar ke destinasi masing-masing mengikut pesanan.

Tin yang pertama diturunkan di minimarket biasa dan dipamerkan di rak bersama tin coca-cola yang lain dan diletak harga RM1.50.

Tin yang kedua diturunkan di sebuah pasaraya besar ternama dan di masukkan ke dalam peti sejuk dan diletakkan harga RM2.00.

Tin yang ketiga dihantar ke sebuah hotel bertaraf lima bintang yang sangat mewah.Tin coca-cola ini ditempatkan di dalam rak atau dalam peti sejuk.

Tin ini akan dikeluarkan apabila ada pesanan dari pelanggan.

Dan jika ada pelanggan yang memesan coca-cola,air dari tin ini dimasukkan ke dalam gelas kristal ang bercampur dengan ketul-ketulan ais. Ia disediakan dengan cermat dan berhati-hati dan disajikan kepada pelanggan dengan sopan.

Harganya ialah RM15.00

Sekarang Baie nk tanya ialah mengapa air tin coca-cola ini memiliki harga yang berbeza sedangkan mereka dihasilkan dari kilang yang sama dan dihantar dengan lori yang sama malah ketiga-tiganya mempunyai rasa yang sama?

Persekitaran Mencerminkan Harga Anda!

Apabila anda berada di persekitaran yang boleh mengeluarkan terbaik dari diri anda,maka anda akan jadi cemerlang.

Tapi jika anda berada di persekitaran yang meng’kecil’kan diri anda, maka anda akan jadi ‘kecil’.

Orang yang sama,bakat yang sama,kemampuan yang sama + persekitaran yang berbeza = NILAI YANG BERBEZA.

Apa pun apa yang paling utama ialah rezeki adalah ketentuan Qada dan Qadar Allah Taala, oleh itu berusahalah menjadi yang terbaik disamping pasrah dan memohon kepada Allah Taala.

Dan perbezaan tinggi nilai kita di sisiNYA sebenarnya ialah amalan kita.

Wallahualam

kredit to PGGLDVG

Thanx for reading

Saturday, July 30, 2011

Ashraf (Aleesha) Meninggal Dunia


Takziah diucapkan kepada keluarga Mak Yah dan Abd Aziz di atas pemergian anak mereka..Umum mengetahui arwah membuat permohonan untuk penukaran jantina.Arwah juga pernah mengeluarkan kenyataan, arwah rela mati untuk memperjuangkan hasratnya itu...Walaupun boleh dikatakan masyarakat mencaci dan melemparkan kata-kata kurang enak kepada arwah dan keluarga, kita juga sebagai hamba yang kerdil tidak layak untuk menghukum orang.Siapa lah kita untuk menghukum.Biarlah arwah dengan urusan Tuhan Yang Maha Adil..Kita jadikan sebagai pengajaran dan pedoman hidup...Baie bukan mengagungkan arwah, dan Baie sememangnya tidak bersetuju dengan hasrat arwah..Apa pun, moga arwah melalui hidupnya di sana dengan tenang...Wallahualam...ini serba sedikit berita kematian arwah...

KUALA TERENGGANU – Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan, memetik Bernama.com.

Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau ‘unstable angina with cardiogenic shock’.

Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.


(p/s:sama-sama kita mengambil iktibar dan pengajaran dan semoga roh arwah dicucuri rahmat hendakNya..)Thanx for reading!

CST Production

CST Production???Taw???Lu taw?Lu taw?Lu taw?Lu tak taw maa.. (p/s:ayat dalam KL Gengster)..haha...CST Production sebuah produksi yang menghasilkan iklan, muzik video dan juga filem...Apa yang boleh Baie katakan pasal CST Production adalah, TERBAIK!...Kenapa TERBAIK???Sebab penghasilkan kerja CST Production sangat memuaskan dan berkualiti tinggi!...Untuk pengetahuan semua juga, CST Production ni juga menghasilkan rakaman video untuk majlis perkahwinan, banyak artis dan penduduk awam(p/s:cewah, penduduk awam, macam nak isi borang bancian lak..hehe) memilih mereka..Silap-silap Baie sendiri pun akan memilih mereka untuk majlis perkahwinan Baie nanti! InsyaAllah, jika ada umur yang panjang dan bajet yang lebih..hihi..Antara artis yang memilih mereka adalah TOMOK(Berlari) , ASHRAF MUSLIM(Ustaz Amirul), SITI SARAH(Aw,aw aw) , ELYANA(Kalis Rindu) , UMIE AIDA (Datin Paduka) , FARAH AF(Breep-breep) dan NURUL SYUHADA(Pengacara Majalah 3)...Korang nak tengok video-video yang dihasilkan oleh CST Production???Ha...kalau nak tengok, klik SINI , bukan video artis ja ada, video penduduk awam (hehe) pun ada...Apa pun, memang pujian harus diberikan pada mereka, kerana hasil kerja yang sangat AWESOME!...Untuk maklumat lanjut sila join mereka di Facebook CST Production & layari blog mereka di Blog CST Production
(p/s:Kalau ada buat promosi jangan lupa inform kt Baie taw...hihih... :p) Thanx for reading!

Berdebar Menanti Ramadhan


Huuiiiyyooo....Baie berdebar menanti Ramadhan..awat cek???..huhu...Baie ni sebenarnya risau mengenai godaan-godaan semasa menjalani ibadah puasa...Member-member cakap, jom pekena Nasi Ganja kat Repoh tu..adeh....Baie risau benor hasutan-hasutan macam tu...Tak la nak cakap semua member-member Baie tak puasa, maybe "bergurau" barangkali...hihi..Tapi alhamdulillah, sampai ke hari ni, Baie tidak tinggal puasa, kalau-kalau ada tu, maybe secara tak sengaja or masih mentah..hihi...Baie kalau tibanya bulan puasa ni, petang-petang bila pegi ja Bazaar Ramadhan, dah la Bazaar Ramadhan sebelah umah ja, nak balik keja ja, masuk area taman umah tu, dah berbau macam-macam makanan..huuiihh......cobaan......macam-macam ada cek...hihi..Perkara paling utama yang Baie mesti cari adalah Otak-Otak..Ni la makanan kegemaran pencuci mulut Baie selepas makan Kurma, Nasi + Lauk Pauk + Air = Otak-Otak..Otak-Otak memang Baie tak boleh tinggal, dah jadi macam makanan asasi plak..haha...Kepada yang suka pakai pakaian yang ketat-ketat, terutamanya perempuan, wanita, cik, puan dan datin, sila jaga dan ambil berat terhadap Bulan Ramadhan.Kang cakap lak, sapa suh tengok, iman tak kuat la tu...Adeh...der...lepas Bulan Ramadhan, nak tunjuk baju baru ketat-ketat ka apa ka,buat lepas tu na..hormat sesama kita..Ewah, pagi-pagi ceramah pulak Baie..haha...Kepada semua pembaca mahupun pembaca yang termasuk ke dalam blog Baie secara tidak sengaja, mohon maaf sekiranya, kata-kata Baie agak sensitif...Sensitif??tak kot..orang lain pun cakap macam tu jugak..kan2..hihi.. :p serta diucapkan "Selamat Menjalani Ibadah Puasa dengan Jayanya"...Semoga kita dapat memperbanyakan amalan kebaikan kita di bulan Ramadhan...InsyaAllah..Amin Ya Robball Alamin..Thanx for reading!

Friday, July 29, 2011

Aktiviti Bila Berada Di Hadapan Komputer

Haaiaiipppp....Salam jumaat!..hihi...apsal Baie nak cerita tentang aktiviti di hadapan komputer???hurm...tidakkah ianya ada peribadi atau pun selalu orang kata, its privacy, please respect!..adoi!..Bagi Baie tak ada masalah nak kongsi pun...hihi...Ni antara Baie nya aktiviti la bila komputer ni on dan bila wireless ni bertukar "connect"..hihih..

1. Facebook.
  • Ala...orang lain pun buka juga kan facebook diorang...Boleh dikatakan kalau di IPT 99.98% ada facebook...uuiikkss...sumber mana Baie dapat nih??haha...tak la, maksud Baie, IPT jugak penyumbang ekonomi Mark...ahahha...kira ramai la..hihih.. next

2. Emel.
  • Hurm..emel kena cek, mana la taw kot-kot ada member-member jauh emel..kan2..ala..telefon kan ada, emel nak buat pa...Kalau member tu duk di Jordan ka, Mesir ka, boleh pinjam kredit telefon ko??? next

3. Blog antara blog / Website antara website.
  • Blog antara blog ni, maksud Baie, Baie selalu buka Blog-blog dan websitewebsite yang suka cerita macam-macam perkara, sebab Baie ni suka membaca, sebab tu dah rabun mata..adeh....nak wt pembedahan laser la cam ni, kena kumpul RM4k lak..aiyak...kumpul-kumpul..mesti target bagi dapat..InsyaAllah..Ni antara link yang selalu Baie buka :

Blog ni boleh la korang nak tengok pelbagai cerita...Baie tertarik dengan Blog ni agak lama dah la duk ikut perkembangan..Tahniah kerana berjaya membuat Baie tertarik..Tapi kadang ada cerita yang kurang tu, biasalah kan, "kita kan manusia biasa"..huhu..

Dulu Baie tak brapa sangat dengan blog ni, bila hari-hari ada cerita baru, lama-lama terikut nak baca dan blog ni pernah membuat Baie Stress Giler..hihih..Baie jumpa blog ni dalam facebook je..Tahniah lagi sorang blogger..hehe..

Memang Baie tidak pernah tinggal langsung untuk mengikuti perkembangan website ni...Sekarang agak kurang sedikit, bukan apa, diorang ni Baie betul-betul respect dengan cara kerja diorang, kerana diorang ni sangat-sangat maju...hihi...rasa macam nak kerja dengan diorang ja..wahh..luahan hati nampak..hihi..diorang ni siap ada company sendiri lagi serta pelbagai website diuruskan mereka, antaranya :
  • Oh! Media - Ni kira yang utama la..bawah yang utama ni ada...
  • Oh! Artis - Berkenaan dunia hiburan artis dalam dan luar negara
  • Oh! Jika - Berkenaan macam uji akal,kreatif ke tak ayat korang..hihi.kalau salah maaf ye...hihi
  • Oh! Otaku - Ni plak berkenaan permainan dan siri animasi...
  • Oh! AppleMY - Mengenai produk-produk keluaran khusus Apple..Nice...
  • Oh! Islam - Ni yang bagus diaorang ni, tak lupa mengenai Islam.. :) next
Sapa tak kenal website ni, antara website hiburan popular di Malaysia..

Bukan banyak tu ja Baie baca, sebenarnya banyak lagi + sangat banyak..hehe..Yang mana duk area utara tu, join la KAMI BLOGGER UTHAGA (p/s:sempat lagi promot..hehe)..nak tengok info tgk sini ... Memang Baie selalu baca blog-blog yang terdapat dalam group tu, tp tu la, Baie suka terlupa nak klik FOLLOW, sebab jenis tak sabar nak baca blog lain!..lepas ni Baie akan klik FOLLOW!.. :)

Ok la, masa pun tak banyak ni..next time Baie update lagi..Thanx for reading!

Wednesday, July 27, 2011

Aku Stress Giler

Haaiipp..Baie bukan nak bagitaw yang Baie berada dalam keadaan stress...Tapi Baie, agak stress bila membaca blog yang stress..Stress jugak bila baca...haha..tq to STRESS sebab kadang-kadang berjaya buat Baie berada dalam keadaan stress..hihi...Kenapa Baie nak bagitaw tentang blog Aku Stress Giler ni...hurm..Sebenarnya Baie tertarik dengan cara blogger tersebut..Ianya tentang memberi tips untuk kurangkan stress..Tapi yang beri tips ni dari kalangan fans Aku Stress Giler..dan Baie salah sorang dalam pemberi tips tu!...yeay!!!...tq to Aku Stress Giler, kerana menunaikan janji untuk masukkan ke dalam blog tersebut..Walaupun ianya nampak macam "ala, sesiapa pun boleh buat macam tu...ia!..memang, tapi, Aku Stress Giler ni caranya walaupun nampak mudah, tapi blogger tersebut buat jugak!..itu tandanya blogger tersebut menghargai fans dia..hurm...baguskan cara macam ni...sebab tu Baie tertarik untuk memberi tips tu..hihi..Kalau korang nak tengok, tengok sini..Ok lah, Baie pun dah xda apa-apa nak kongsikan, sambung next time..Thanx for Reading!

Monday, July 25, 2011

Gempak!

Apa yang gempak?!


xda pa2...











hari ni feel kurang.....










sebab tu Gempak...







feel xpernah asa kurang...







cuma asa xdak feel ja...





hahaha...





korang pun layan ja la.... :p








asa malas nk update..





hahah....




sian korang.....

:p




Thanx for Reading!

Kami Blogger Utagha

Bagus betul ada site-site yang macam ni kan..bleh kumpulkan ramai kawan, yang mana tidak kenal, bleh dikenalkan..hihi..macam-macam acara bleh dilakukan bersama..wah..syok2..harap perkara sebegini dapat diteruskan.. :)



info bleh dapatkan disini: nurrcahaya.blogspot.com

Thanx for Reading!