Pages

Followers

Thursday, August 25, 2011

SELAMAT HARI RAYA DAN HARI KEMERDEKAAN

(p/s:dalam kegembiraan, ingat la jugak kepada orang yang susah dan tidak berkemampuan..)

Thanx for reading!

Wednesday, August 24, 2011

Cuba Penuhi

Baie akan cuba penuhi minggu ini!!!...Ada banyak cerita!!!...hehe..semangat nampak...ok, Baie akan cuba buat..tunggu...

(p/s:err...dah beli bju raya?puasa penuh x? :p )

Thanx for reading!

Thursday, August 18, 2011

Boleh Tak Tangguh Sekali Lagi?

Boleh?Kepada pembaca yang mengikuti blog Baie, minta maaf sekali lagi kerana Baie tidak dapat memasukkan cerita mengenai orang-orang yang membuat permintaan,ini kerana Baie sedang risau dan sangatlah risau disebabkan tok Baie yang berada Selayang sedang sakit.Semalam dimasukkan ke hospital...Ada tanda-tanda strok...Tadah tangan sebentar,"Ya Allah, jauhilah kami semua dari segala bencana yang tidak diduga serta berilah kami kesihatan tubuh badan yang baik, dan engkau sembuhkanlah tok Baie.Amin Ya Robbal Alamin"...Maaf sekali lagi... :(

(p/s:Sayang tok!)

Thanx for reading!

Tuesday, August 16, 2011

Insomnia


Adakah Baie menghidap penyakit insomnia?Untuk pengetahuan anda, insomnia ni adalah penyakit yang susah nak tidur pada waktu malam dan Baie sedang menghadapinya!...Oh no...Baie mula sedar yang Baie susah nak tidur pada waktu malam adalah sejak bermulanya Ramadhan...Tahu tak macam mana susah nak tidur???Macam ni, jika Baie baring pun, mata pejam tapi masih tidak boleh tidur, selepas tu, otak plak selalu fikir menda apa ntah sampai susah nak tidur.Bayangkan, bila dah tak boleh tidur, buka mata ja, mata berat untuk tidur, tapi masih tak boleh tidur!..Dua malam berturut-turut Baie mengambil ubat untuk tidur...Sedar tak sedar jam 5 pagi.Semalam tidur jam 4 pagi..haha..adeh..Walaupun ada yang menghantar sms kat Baie, Baie tak balas, sebab Baie nak paksa untuk tidur!..Kat opis Baie asyik tertidur ja atas meja, nasib la dapat bos yang baik.Sekitar jam 11 pagi mesti tertidur.haha..Baie ada jugak "search google" , ada artikel mengatakan Insomnia ni terjadi akibat tekanan kerja...Tekanan kerja???Baie rasa Baie tiada tekanan kerja kat opis ni, rasanya, kt opis ni memang best.Maybe Baie selalu fikir perkara-perkara yang akan datang kot.Sebab tu susah nak tidur malam.Baie hari ini, nak update cita tentang yang Baie janji minggu lepas tu, tapi rasa mengantuk plak.. :( ZZZzzzzzzzZZZz

(p/s:lusa Baie update, Rabu cuti Nuzul Al-Quran)

Thanx for reading!

Saturday, August 13, 2011

Sabar Sat

Sabar sat na...Baie tengah kalut a.k.a huru hara sikit sekarang..haha..Paham-paham la Baie sedikit sibuk...Dalam kesibukan tu Baie akan menunaikan permintaan dari kalangan orang-orang yang melakukan permintaan terhadap Baie..Buat masa sekarang lebih kurang akan diupdate dalam masa 2 hari atau 3 hari lagi...Yela nak susun ayat, kang dah penat-penat minta suh masukkan dalam blog, kena lak ayat-ayat yang setempeng! (p/s:setempeng??apa tu?tempeng ka?haha) marah Baie lak..hehehe..Kepada orang-orang tersebut, sabar kejap ye, maybe next week akan diupdate cerita tentang anda, dan Baie akan masukkan gambar korang sekali..hehe..nak masuk kan dalam blog Baie, boleh???Izinkan Baie masukkan gambar, ok?..(p/s:jangan risau, no telefon anda tidak akan disiarkan)haha...kan nak masukkan dalam blog baie kan, bila Baie cakap nak masukkan gambar, jangan tetiba cakap nak undur ciri lak..memang Baie tak akan layan da "surrender" anda :p, terlajak parking kereta boleh diundur dan parking betul-betul, terlajak terjun dalam laut, alamatnya memang akan masuk dalam laut..hahaha..Orait..Kenapa Baie tak update masa Baie cuti bekerja?

(p/s:Berukband tu dah kena potong,wakakaka..Lagi bagus dipotong kerana akan melalaikan orang lain dari menumpukan sesuatu yang lebih penting, kerana apa, kerana asyik bermuka buku ja...:p)

Thanx for reading!

Friday, August 12, 2011

Lelaki Yang Diheret Oleh Wanita Ke Neraka

Terdapat 4 golongan lelaki yang diheret oleh kaum wanita ke neraka,mereka adalah:

1. AYAHNYA....

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuan di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuan tidak menutup Aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberikan kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke Neraka Oleh anaknya.


2. SUAMINYA....

Apabila suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan Mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim, solatnya tidak pernah bertangguh, puasanya tidak tinggal, maka dia akan turut diheret oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.


3. ABANG-ABANGNYA....

Apabila ayahnya sudah tiada, bertanggungjawap menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya.Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah heretan adiknya di akhirat kelak.


4. ANAK-ANAK LELAKINYA....

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah,mengata dan sebagainya maka anak itu akan sisoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Maka nantikan heretan ibunya ke Neraka.


(p/s:Semoga kaum Adam menjadi pemimpin yang baik.Besar sungguh tanggungjawab seorang lelaki.) kredit to OhIslam


Thanx for reading!

Tuesday, August 9, 2011

Kenapa?

Sedang Baie membelek muka buku aka facebook, jari Baie terklik pada satu gambar dan isinya yang sangat berguna..Terima kasih diucapkan kerana mengingati antara 1 sama lain untuk semua..ni yang Baie baca tu...Korang baca la sampai habis taw.. :)

ALLAH KENAPA AKU DALAM NERAKA ???

Tuhan, kenapa aku masih berada di sini? Bukankah aku dahulu selalu bersedekah di masjid-masjid? Bukankah aku dahulu sentiasa membantu sahabat-sahabatku yang kesusahan? Bukankah aku dahulu sentiasa memberi peringatan kepada sahabat-sahabatku? Kenapa aku masih ada di Neraka-Mu ini?

Tuhan, mana pergi amalan-amalan baik yang aku lakukan dahulu? Tidakkah aku telah menggunakan kudratku untuk jalan dakwah? Oh Tuhan. Dengarlah rintihan aku ini.

(Tiba-tiba)

Tangannya terangkat dan berkata, "Aku dahulu memasukkan duit ke dalam tabung kerana aku inginkan pujian sahabat-sahabatku terutamanya mereka yang berlainan jantina denganku."

Kakinya tiba-tiba bersuara,'aku berjalan pergi berdakwah semata-mata ingin menonjolkan diriku di hadapan orang lain bahawa aku ini seorang yang Alim dan Soleh. Aku ingin manusia melihat betapa aku ini hebat berdakwah dan kaya dengan ilmu agama.'

Mulutnya tiba-tiba menyanggah, 'ah, kau ni. Kononnya mulut kau ini kau gunakan untuk mengingatkan sahabat-sahabat kau, tetapi hakikatnya kau tidak mengamalkannya! Kau suruh orang jauhi zina tetapi kau dengan mudah ber'chit chat' dengan teman-temanmu yang berlainan jantina dan bercakap perkara-perkara yang tidak sepatutnya! Kau suruh orang bersedekah dan berbuat baik, tetapi diri kau? Pernah kau cerminkan diri kau? berapa banyak harta kau yang kau laburkan untuk Akhirat? dan berapa peratus nilai keihklasanmu di dalamnya?

Telinga yang hanya mendengar dari tadi turut tidak melepaskan peluang.'Hey hey, nanti dulu. Kau jangan lupa, telinga kau ni, kau gunakan untuk apa? Ingat tidak pada suatu ketika dahulu, kau menggunakannya untuk mendengar lembut suara si dia yang bukan muhrim mu? Apa kau sudah lupa ketika nafsu kau sudah menewaskan akal dan Iman mu, kau asyik dalam kecintaan kau pada dia yang tidak halal bagimu? Apa kau ingat semua ini bukan dosa? Mana perginya tazkirah yang kau beri dahulu kepada teman-temanmu? Apa yang kau ingatkan mereka? Sudah lupa? Kau mengatakan La Takrabu Zina. Punya kau bersemangat memberi ceramah mengenai bahaya pujuk rayu Syaitan, tetapi mengapa kau yang tertewas dengan pujuk rayu si Durjana tu?

Hati yang kehitam hitaman tiba-tiba mencelah, "itulah kau manusia. Sudah kerugian kau di sini bukan? Bukankah Guru-guru mu sentiasa berpesan, pastikan kau lakukan sesuatu dengan niat yang ikhlas. Bukankah kau sudah tahu benar segala amalan tanpa niat yang ikhlas umpama buih di lautan. Segala kebaikanmu itu habis hancur berkecai. Dahulu bila kau dianugerahkan dengan nikmat yang banyak, kau lupa diri.

Kau sombong! Keihklasanmu lenyap sekelip mata. Syukur mu kian menipis. Bongkak mu kian meninggi. Apa kau sudah lupa hakikatnya kau cuma manusia lemah ciptaan Si Maha Besar? Bukankah sifat sombong hanya milik mutlak Allah? Kau tahu bukan si durjana Iblis dihalau dari Syurga kerana kesombongannya? Si Firauan binasa kerana bongkaknya? Si namrud dihina kerana takburnya? Jadi kenapa kau tidak belajar dari pengajaran ini?

Betapa dirimu rugi hari ini wahai manusia. Andai didunia dahulu kau mengamalkan ilmumu, pasti kau bahagia sekarang. Tetapi, seperti kau tahu, There is no turn Back! Sekarang rasailah azab dari Allah ini bersama - sama dengan kami," kata si iblis dan kaumnya.

Tiba-tiba tersedarku dari mimpi. Astarfirullah. Saat itu, terbayang-bayang difikiranku akan Surah Yassin ayat 65 :

"Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa Yang mereka telah usahakan."

Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan apa yang Kau larangi dan dekatkanlah kami dengan amalan-amalan yang Kau redhai.

Baguskan??

(p/s:Tunggu apa lagi???) kredit to Jkkk Fan Club

Thanx for reading!

Rezeki


Rezeki???Baie berpendapat rezeki yang kita peroleh ada dua cara..Yang pertama mendapat rezeki dari Allah s.w.t secara berusaha, dan kedua peroleh dari Allah s.w.t juga tetapi rezeki yang diberi untuk menguji, sejauh mana tahap kesyukuran kita pada Dia mahupun, sejauh mana kita lalai atas nikmat rezeki tersebut...Ingatlah, pada zaman sekarang, rezeki seseorang tidak diduga dapat...Maybe sekarang dia jatuh teruk, tapi lepas tu, Dia bagi rezeki untuk tolong..Dan maybe sekarang tengah senang lepas tu, tiba-tiba jatuh teruk..Em..dah banyak dah keadaan macam tu terjadi bukan...Kenyataan tu..(p/s:apsal Baie serius ni??) hahahaha...Tak da la, Baie juga menunggu rezeki Baie... :) Baie tidak kisah walaupun orang lain mendapat rezeki yang melimpah ruah, maybe sekerang masa dia...Baie belum lagi taupun kita tahukan, Allah s.w.t suka menguji, sampai mana kita mampu menahan ujian tersebut...Bukan senang kita nak dapat ujian dariNya...Orang yang mendapat ujian dariNya adalah orang yang sangat beruntung, kerana Allah s.w.t telah memberi perhatian kepada dia..Untungnya..MasyaAllah...Berbalik kepada rezeki tadi, Baie percaya rezeki Baie akan tiba juga walaupun lambat...Sabar itu lebih penting dari segalanya...Baie agak sentimental pada jam 1 pagi ni,hihi..Korang layan je la..:)

(p/s: Suka melihat kejayaan kawan-kawan, harap sentiasa bersyukur dan jangan lupa diri)

Thanx for reading!

Monday, August 8, 2011

Betapa Bersihnya Haiwan Bernama Kucing



Assalamualaikum...Kali ini Baie nak berkongsi tentang haiwan yang bernama kucing.Ini kerana Baie dan keluarga membela kucing yang pada suatu ketika hampir 20ekor kucing.Sekarang masih ada lebih kurang 12ekor,yang selebihnya hilang dan mati.Ini serba sedikit Baie sediakan untuk semua pembaca :

Kucing. Sejenis binatang karnivor yang jinak yang dikategorikan sebagai haiwan peliharaan rumah yang terkenal di dunia. Haiwan ini sering disalahfahamkan oleh manusia dengan menuduh mereka pengotor dan lain-lain tanggapan negatif. Walhal, kucing merupakan haiwan terbersih di dunia berdasarkan beberapa kajian yang pernah dijalankan oleh pakar-pakar haiwan.

Mungkin anda semua pernah dengar rungutan pembela haiwan ini tentang masalah buang air di merata-rata tempat. Ini berlaku kerana sejak kecil haiwan ini tidak diajar membuang air di tempat sepatutnya seperti bekas pasir untuknya. Kucing ini adalah haiwan istimewa kerana ia sanggup menahan sedaya upaya kerana tiada tempat untuknya membuang air. Selagi ia boleh menahan, ia akan menahan. Jika kucing anda buang air di merata-rata di dalam rumah anda, janganlah anda memarahinya kerana perbuatannya itu adalah gara-gara tindakan anda yang tidak melaksanakan tanggungjawab anda sebagai pemiliknya.

Kucing sering dituduh sebagai penyebab utama penyakit lelah kerana bulunya yang sering luruh dan berterbangan di udara. Sebenarnya penyakit lelah itu berpunca dari bakteria toxoplasma yang hanya hinggap menjangkiti haiwan yang kotor seperti anjing dan babi. Hanya sedikit peratusan bakteria jenis ini menjangkiti kucing. Bakteria ini juga berada pada sayur-sayuran yang tidak dicuci dengan bersih,tangan yang kotor dan daging yang tidak cukup masak.

Betapa Sucinya Kucing

Betapa suci dan mulianya kucing hinggakan ianya dibela oleh pemimpin agung alam ini, Nabi Muhammad S.A.W. Baginda mempunyai seekor kucing yang diberi nama Mueeza yang amat baginda sayangi. Baginda pernah ingin mengambil jubah yang mana Mueeza tidur di atasnya. Baginda sanggup memotong jubahnya kerana tidak mahu menggangu Mueeza terbangun dari tidur. MasyaAllah... Manusia paling mulia menghormati seekor kucing seperti ahli keluarganya sendiri. Tapi beginikah sikap kita?

Baie akui sangatlah sedih apabila setiap kali ada video di Facebook perihal manusia menyeksa binatang. Mengalir air mata aku melihat kekejaman manusia yang diberi akal yang sempurna tapi berkelakuan lebih teruk dari binatang.

Dari Abdullah r.a katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda :

“Seorang wanita telah diseksa Allah pada hari kiamat lantaran dia mengurung seekor kucing sehingga kucing itu mati. Kerana itu Allah memasukkannya ke dalam neraka. Kucing itu dikurungnya tanpa diberi makan dan minum dan tidak pula dilepaskannya supaya ia dapat menangkap makanannya yang terdapat dibumi”.


Setiap kali baginda menerima tetamu, baginda akan mengendong Mueeza dan meletakkannya di atas riba. Sebagai balasan kepada baginda, Mueeza akan menundukkan kepala apabila Rasulullah pulang ke rumah sebagai tanda hormat dan baginda akan membalas dengan menggosok lembut badan Mueeza.

Jangan kita anggap air yang telah diminum oleh kucing adalah najis dan haram digunakan apatah lagi untuk diminum. Air yang telah diminum oleh kucing boleh dibuat air wudhu kerana ianya dianggap masih air suci.


Fakta-fakta ilmiah keistimewaan pada KUCING

Fakta pertama: Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak telur bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.

Permukaan lidah kucing tertutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengerucut seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setetes pun cairan yang jatuh dari lidahnya.

Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar dapat membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Fakta kedua: Telah dilakukan berbagai penelitian terhadap kucing dan berbagai perbezaan usia, perbezaan posisi kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor.

Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sample dengan usapan.Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bagian-bagian khusus. Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang diketahui ialah :

  • Hasil yang diambil dari kulit luar tenyata negatif berkuman, meskipun dilakukan berulang-ulang.
  • Perbandingan yang ditanamkan kuman memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cairan yang diambil dari dinding mulut.
  • Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif berkuman.
  • Sekalinya ada kuman yang ditemukan saat proses penelitian, kuman itu masuk kelompok kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan.
  • Tidak ditemukan kelompok kuman yang beragam.

Berbagai sumber yang dapat dipercaya dan hasil penelitian laboratorium menyimpulkan bahwa kucing tidak memiliki kuman dan mikroba. Liurnya bersih dan membersihkan.

Fakta ketiga: Dan hasil penelitian kedoktoran dan percubaan yang telah di lakukan di laboratorium haiwan, ditemukan bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan. Ia lebih bersih dari manusia.

Bahkan di zaman dahulu kucing dipakai untuk terapi. Dengkuran kucing yang 50Hz baik buat kesihatan, selain itu membelai kucing juga boleh mengurangkan stress

Maklum balas Doktor Doktor yang Bergelut dalam Bidang Kuman

Menurut Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemukan adanya kuman pada lidah kucing. Jika kuman itu ada, maka kucing itu akan sakit.

Dr. Gen Gustafsirl menemukan bahawa kuman yang paling banyak terdapat pada anjing, selanjutnya manusia 1/4 anjing, sedangkan kucing 1/2 manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Sa’id Rafah menegaskan bahawa kucing memiliki enzim pembersih yang bemama lysozyme.Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria, seperti pada kawasan air (lumpur, genangan hujan, dll). Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak dekat-dekat dengan air. Tujuannya agar bakteri tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak adanya kuman pada tubuh kucing.

Sisa makanan kucing hukumnya suci

Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu.
Pada saat itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum.

Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.

Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?

Ia menjawab, “Ya.

Lalu, Abu Qatadah berkata bahwa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),”. (HR At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahwa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah.

Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.

Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu.

Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis.

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang shalat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya.

Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan shalat, ia lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya.

Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing. (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni)

Hadis ini diriwayatkari Malik, Ahmad, dan Imam hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, yang badan, keringat, bekas dari sisa makanannya suci.

Kesimpulannya, mengapa kita bersikap begitu buruk dan kejam terhadap haiwan kesayangan Rasulullah ini? Tidakkah mereka layak untuk menumpang kasih sayang manusia? Tepuk dada, tanya minda, muhasabah diri. Fikir-fikirkanlah..

(p/s:Kucing Rasullullah bernama Mueeza, Nabi Muhammad S.A.W yang bela tu, jadi nak cakap kucing adalah pengotor, fikir habis-habis)

Thanx for reading!

Sunday, August 7, 2011

Sejarah

Sejarah???aahhhh,,tak minat la sejarah, boring la...buat bagi aku tido boleh la..itulah kata-kata segelintir remaja-remaja sekarang, segelintir ka??ntah, tapi yang pasti ramai yang tidak suka sejarah..Betul??kalau salah, mohon maaf ye....Baie pun bukan lah penggemar sejarah...Apa yang Baie nak ingatkan untuk kita semua, kehidupan kita sekarang bermula dengannya sejarah bukan???Hormatilah sejarah...Baie bukan nak cerita tentang sejarah wujudnya sesuatu..tapi Baie nak ingatkan kepada para remaja, sekurang-kurangnya ambil berat mengenai sejarah...Sejarah yang Baie maksudkan ialah sejarah mengenai keamanan yang kita miliki sekarang..Bayangkanlah zaman tok nenek kita dulu, yang bermatian-matian berperang demi tanah air kita..Wahhh..Baie macam sejarawan pulak..hahah...tak da la, sekurang-kurangnya kita tahu dan tanamkan dalam diri kita,kita perlu jaga dan pertahankan tanah air kita..Bila kita dijajah, bukan senang kita nak tawan kembali...Walaupun dijajah bukan dari segi berperang, tapi dijajah melalui mental dimana kita hanya mengikut telunjuk dan menjadi seperti lembu yang dicucuk hidung...Mahukah kita menjadi sebegitu???Tak nak bukan...Kita mahukah kehilangan hak dan kebebasan???ish-ish Baie ni, p daftar la masuk ahli sejarah..hahha...Saja nak ingatkan..Jangan marah na..Cukuplah Baie oi, sikit-sikit dah la...Pandai-pandai la kita fikir... :)

(p/s:Anda suka rumah anda dibom?Anda suka berlakunya kematian akibat berperang?Anda suka anda kekurangan zat akibat tidak dapat makan?Anda suka anda tidak dapat keluar melepak dengan kawan-kawan anda?Anda suka tidak dapat menonton wayang?Anda suka tidak dapat hidup dalam keadaaan yang selesa?Dan banyak lagi yang anda suka untuk perkara yang anda tidak dapat???Semestinya TIDAK!!!...Panjangnya p/s Baie kali ni..haha)

Thanx for reading!

Wednesday, August 3, 2011

Ronaldo

Ini bukan Cristiano Ronaldo ataupun Christiano Ronalbodo..ada ka?haha..Member Baie dulu cakap macam tu la..hihi...Erm, ni Ronaldo yang suatu ketika dulu sangat popular dan digeruni...Pemain yang mewakili Brasil tu la..Nama penuh dia adalah Ronaldo Luís Nazário de Lima yang lahir pada 18 September 1976...Kenapa Baie nak cerita tentang Ronaldo?Korang dah tengok gambar terbaru Ronaldo?Meh cini kita layan..Makin hensem dowh..perut ada 6 pax bai..Layan la dulu ya..

Suatu ketika dizaman kegemilangan beliau

Nampak tu ketul jugak kan body dia

Juga menjadi idol kanak-kanak


Mana 6 pax??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

tu dia 6 pax dia

Nah..posing cantik punya bagi tengok dia punya 6 pax

Gaya ala-ala Mr. Romeo


(p/s: Maybe hati tengah senang kot kan..hihihi)

Thanx for reading!

Sambungan Alkisah

Adeh..kecewa jugak la malam ni...Tak dapat lagi..Tadi Baie ada kol dia, tanya ada mana, dan Baie tanya pasal payment sekali, pas tu dia cakap, dia akan balik umah n then sms Baie.Dia cakap dia letih..Ok fine, boleh diterima..tadi jam 12.15 sebelum Baie balik umah, Baie sms dia, tanya dah balik belum?taw dia balas apa???dia cakap esok pagi dia akan antar payment kat opis Baie..n dia dah nak tido...WTF!!!..haiiyaa...ini orang pun ada ka?..huh!..ok tak pa, Baie bagi last chance kat dia, Baie pun dah "sound system" dia tadi..Tapi tak sampai hati nak cakap kaw-kaw..yala member katakan.Baie tunggu ja la esok pagi.Nak cakap panjang pun tak guna kan, bulan-bulan posa ni..hurm..tak pa la,nak wat macam mana.Lepas ni, sapa-sapa nak wt tempahan, Baie akan minta deposit dulu, pas tu bila barang dah siap, Baie akan minta lagi baki deposit.Kalau xdapat nak jelaskan baki bayaran,jangan harap lah nak bagi barang..Alkisah ni tiada sambungan selepas ni,ni kira yang last la Alkisahnya..hehe..Baie panas baran ka?Kalau Baie panas baran, dah hentak-hentak member tu..wakaka...ingat Baie ni gengster ka?..haha..member-member..Nasib la dia jumpa orang yang macam Baie, kalau dia jumpa orang yang lebih lagi dari Baie..Wallahualam nasib dia..hihi..apa pun, thanx la pada yang sudi menjenguk blog Baie dan baca kisah Alkisah cakap tak serupa bikin ni..haha..

(p/s:kadang-kadang meluahkan perasaan kat blog, boleh juga tenangkan hati, ye idok??hehe..)

Thanx for reading!

Tuesday, August 2, 2011

Alkisah

Alkisah pulak...erm..Baie nak cerita ni bukan nak mengumpat sesiapa, malahan bulan puasa ni, xkan nak buat macam tu..Alkisah nya macam ni, Baie ada tolong seorang member yang mahu memulakan perniagaan..Bukanlah Baie tolong dengan memberi modal..huuiihh...Baie bukan bank lorh..Baie hanya guna kepakaran Baie dalam membuat pengiklanan, contoh membuat design untuk banner, banting, flyers, kad nama, packaging dan lain-lain..Pertolongan Baie melibatkan perkara yang Baie sebutkan tadi, nak dijadikan cerita, member Baie akan bayar semua tu selepas dia abih buat event selama 3 hari berturut-turut sampai jam 12 tngah malam.Event ni sebelum puasa lagi.Dan barang-barang yang Baie siapkan, telah siap lebih awal, maklumlah member...Tolong bagi siap awal-awal..Event tersebut telah pun tamat dua minggu lepas.Nak dijadikan cerita, senyap ja macam tu..um..adakah telah lupa???Oh no, tidak sama sekali, kenapa??Kerana 3 hari lepas Baie ada antar sms, tanya macam mana event, ok ke tak kan..Lepas tu selitlah sikit tentang bayaran tu..Pas tu dia cakap, sok tengah hari akan datang ke opis Baie untuk bagi duit.Tunggu punya tunggu, tak datang, sms lagi..dia cakap malam ni pulak selepas tarawih, lepas tu, sms lagi, dia cakap sok la..urm..Baie bukanlah nak berkira, kita dah tolong sebaik mungkin.Bukan nak mengungkit, Baie pun perlu jalani hidup biasa jugak, nak pakai modal nak buat bisnes..Sama-sama tolong, sama-sama la jaga masing-masing..Betul?Walaupun bayaran tersebut tak lah, sampai 5rat, tapi dah janji perlu lah bayar..Betul tak?JANJI tu..Bukan boleh di buat main..Ok, selepas korang baca ni, Baie akan sms dia lagi dan pergi ke rumah dia..Hurm..harap-harap dapat..ingat taw, bukan nak aibkan siapa-siapa, tetapi, nak jadikan pengajaran kepada korang, berhati-hati walaupun member yang korang kenal itu rapat dengan korang..Zaman sekarang...um..kan2..

(p/s: err..waktu malam bleh kot bercerita, bukan mengumpat waktu siang kan..just nak bagi korang pengajaran, jangan jadi macam Baie ni..adeh...)

Thanx for reading!

Graffiti from Paintball Guns?

Selalu kita tengok orang-orang yang pandai buat lukisan graffiti ni menggunakan spray kan, sekarang menggunakan paintball guns lak...Layan la video diaorang ni...




Korang boleh tengok info diaorang di SINI, LIKE la facebook diaorang..

(p/s:Teringin nak main tembak-tembak ni, yela bekas anak askar, mengalir darah pertempuran..ehhe :p)

Thanx for reading!


Lelaki Merokok

Lelaki merokok???Normal atau tidak???Normal la kot kan..Baie bukan nak cakap pasal normal atau tidak, tapi nak cakap pasal ketidak puas hati oleh perokok.Apa yang para perokok tak puas hati???Harga rokok naik???Harga rokok naik pun, rokok tetap belinya..ha,, ni simple ja para perokok tak puas hati...Cuba korang suruh para perokok tu, masa hisap rokok, suruh diorang pejam mata...Pejam mata??ha..cuba la suruh sapa-sapa yang hisap rokok sambil pejam mata, mesti rasa tak puas punya..hahaha...Sebab para perokok lebih puas melihat asap keluar dari mulut dari tidak melihat!..Tak percaya suruh buat la sampai habis satu batang rokok sambil pejam mata..Fakta ni!..wakakaa...

(p/s:Baie hisap rokok???)

Thanx for reading?

Monday, August 1, 2011

Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak

Mesti korang akan tertanya-tanya jam berapa buka hari ni??kul 2.00 kah?3.00 kah?? tu bagi orang yang tidak puasa..ehehe..korang boleh la klik SINI untuk tengok jadual waktu berbuka dan imsak..Korang masuk dan klik la tengok korang nye tempat..

Kredit to AkuStressGiler

(p/s:jangan berbuka tengok jam, dengar azan ye..kang jam cepat lak...naya-naya / bala-bala...hihi)

Thanx for reading!

Penat Ker Berpuasa???

Haiipp...Penat ker berpuasa???...tak la...mana penat, sapa cakap penat???orang yang cakap penat itu adalah orang yang selalu tinggal puasa...kalau tak tinggal puasa, tak penat la..dah menjadi macam perkara rutin kan..hari ni kan hari pertama, biasala maybe agak berat sedikit, esok lusa tulat ok la..kan2..Kita tak yah la nak tunjuk sangat yang kita sedang berpuasa, bukan apa, tahan lapar dan dahaga macam tak makan seminggu, buat muka letih macam kerja 42jam tanpa henti, jalan macam tulang sudah tiada, memandang macam tiada mata...urm, korang tengok la gambar di bawah ni...Insaf-insaf la sama...bersyukur kita diberi ruang untuk berpuasa dan mengalami bulan Ramadhan..

Bayangkan dalam gambar tersebut adalah ibu anda, ayah anda, adik anda, kakak anda, sedara anda dan yang berhubung kait dengan anda...macam mana???

Kredit to BlogSerius

(p/s:Tadah tangan, ucaplah syukur...)

Thanx for reading