Assalamualaikum...Kali ini Baie nak berkongsi tentang haiwan yang bernama kucing.Ini kerana Baie dan keluarga membela kucing yang pada suatu ketika hampir 20ekor kucing.Sekarang masih ada lebih kurang 12ekor,yang selebihnya hilang dan mati.Ini serba sedikit Baie sediakan untuk semua pembaca :
Kucing. Sejenis binatang karnivor yang jinak yang dikategorikan sebagai haiwan peliharaan rumah yang terkenal di dunia. Haiwan ini sering disalahfahamkan oleh manusia dengan menuduh mereka pengotor dan lain-lain tanggapan negatif. Walhal, kucing merupakan haiwan terbersih di dunia berdasarkan beberapa kajian yang pernah dijalankan oleh pakar-pakar haiwan.
Mungkin anda semua pernah dengar rungutan pembela haiwan ini tentang masalah buang air di merata-rata tempat. Ini berlaku kerana sejak kecil haiwan ini tidak diajar membuang air di tempat sepatutnya seperti bekas pasir untuknya. Kucing ini adalah haiwan istimewa kerana ia sanggup menahan sedaya upaya kerana tiada tempat untuknya membuang air. Selagi ia boleh menahan, ia akan menahan. Jika kucing anda buang air di merata-rata di dalam rumah anda, janganlah anda memarahinya kerana perbuatannya itu adalah gara-gara tindakan anda yang tidak melaksanakan tanggungjawab anda sebagai pemiliknya.
Kucing sering dituduh sebagai penyebab utama penyakit lelah kerana bulunya yang sering luruh dan berterbangan di udara. Sebenarnya penyakit lelah itu berpunca dari bakteria toxoplasma yang hanya hinggap menjangkiti haiwan yang kotor seperti anjing dan babi. Hanya sedikit peratusan bakteria jenis ini menjangkiti kucing. Bakteria ini juga berada pada sayur-sayuran yang tidak dicuci dengan bersih,tangan yang kotor dan daging yang tidak cukup masak.
Betapa Sucinya Kucing
Betapa suci dan mulianya kucing hinggakan ianya dibela oleh pemimpin agung alam ini, Nabi Muhammad S.A.W. Baginda mempunyai seekor kucing yang diberi nama Mueeza yang amat baginda sayangi. Baginda pernah ingin mengambil jubah yang mana Mueeza tidur di atasnya. Baginda sanggup memotong jubahnya kerana tidak mahu menggangu Mueeza terbangun dari tidur. MasyaAllah... Manusia paling mulia menghormati seekor kucing seperti ahli keluarganya sendiri. Tapi beginikah sikap kita?
Baie akui sangatlah sedih apabila setiap kali ada video di Facebook perihal manusia menyeksa binatang. Mengalir air mata aku melihat kekejaman manusia yang diberi akal yang sempurna tapi berkelakuan lebih teruk dari binatang.
Dari Abdullah r.a katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda :
“Seorang wanita telah diseksa Allah pada hari kiamat lantaran dia mengurung seekor kucing sehingga kucing itu mati. Kerana itu Allah memasukkannya ke dalam neraka. Kucing itu dikurungnya tanpa diberi makan dan minum dan tidak pula dilepaskannya supaya ia dapat menangkap makanannya yang terdapat dibumi”.
Setiap kali baginda menerima tetamu, baginda akan mengendong Mueeza dan meletakkannya di atas riba. Sebagai balasan kepada baginda, Mueeza akan menundukkan kepala apabila Rasulullah pulang ke rumah sebagai tanda hormat dan baginda akan membalas dengan menggosok lembut badan Mueeza.
Jangan kita anggap air yang telah diminum oleh kucing adalah najis dan haram digunakan apatah lagi untuk diminum. Air yang telah diminum oleh kucing boleh dibuat air wudhu kerana ianya dianggap masih air suci.
Fakta-fakta ilmiah keistimewaan pada KUCING
Fakta pertama: Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak telur bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.
Permukaan lidah kucing tertutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengerucut seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setetes pun cairan yang jatuh dari lidahnya.
Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar dapat membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.
Fakta kedua: Telah dilakukan berbagai penelitian terhadap kucing dan berbagai perbezaan usia, perbezaan posisi kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor.
Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sample dengan usapan.Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bagian-bagian khusus. Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.
Hasil yang diketahui ialah :
- Hasil yang diambil dari kulit luar tenyata negatif berkuman, meskipun dilakukan berulang-ulang.
- Perbandingan yang ditanamkan kuman memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cairan yang diambil dari dinding mulut.
- Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif berkuman.
- Sekalinya ada kuman yang ditemukan saat proses penelitian, kuman itu masuk kelompok kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan.
- Tidak ditemukan kelompok kuman yang beragam.
Berbagai sumber yang dapat dipercaya dan hasil penelitian laboratorium menyimpulkan bahwa kucing tidak memiliki kuman dan mikroba. Liurnya bersih dan membersihkan.
Fakta ketiga: Dan hasil penelitian kedoktoran dan percubaan yang telah di lakukan di laboratorium haiwan, ditemukan bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan. Ia lebih bersih dari manusia.
Bahkan di zaman dahulu kucing dipakai untuk terapi. Dengkuran kucing yang 50Hz baik buat kesihatan, selain itu membelai kucing juga boleh mengurangkan stress
Maklum balas Doktor Doktor yang Bergelut dalam Bidang Kuman
Menurut Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemukan adanya kuman pada lidah kucing. Jika kuman itu ada, maka kucing itu akan sakit.
Dr. Gen Gustafsirl menemukan bahawa kuman yang paling banyak terdapat pada anjing, selanjutnya manusia 1/4 anjing, sedangkan kucing 1/2 manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Sa’id Rafah menegaskan bahawa kucing memiliki enzim pembersih yang bemama lysozyme.Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria, seperti pada kawasan air (lumpur, genangan hujan, dll). Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak dekat-dekat dengan air. Tujuannya agar bakteri tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak adanya kuman pada tubuh kucing.
Sisa makanan kucing hukumnya suci
Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu.
Pada saat itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum.
Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.”
Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?”
Ia menjawab, “Ya.”
Lalu, Abu Qatadah berkata bahwa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),”. (HR At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).
Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahwa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah.
Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.”
Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu.
Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis.”
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang shalat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya.
Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan shalat, ia lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya.
Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing. (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni)
Hadis ini diriwayatkari Malik, Ahmad, dan Imam hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, yang badan, keringat, bekas dari sisa makanannya suci.
Kesimpulannya, mengapa kita bersikap begitu buruk dan kejam terhadap haiwan kesayangan Rasulullah ini? Tidakkah mereka layak untuk menumpang kasih sayang manusia? Tepuk dada, tanya minda, muhasabah diri. Fikir-fikirkanlah..
(p/s:Kucing Rasullullah bernama Mueeza, Nabi Muhammad S.A.W yang bela tu, jadi nak cakap kucing adalah pengotor, fikir habis-habis)
Thanx for reading!
No comments:
Post a Comment