Pages

Followers

Monday, November 18, 2013

Dugaan Hidup

Assalamualaikum para sahabat..sesungguhnya dugaan hidup sangat-sangat mencabar bagi mereka yang hidup dimuka bumi bersamaNya.. Dugaan hidupku juga penuh ringtangan..Bukan merungut, malah bukan mempersoalkan pelbagai perkara.. Semua terjadi atas kehendaknya..Pertama Baie digemparkan dengan keadaan tokwan sebelah abah baie..iaitu ayah kepada abah baie..Kena strok, Alhamdulillah semakin pulih..Selang beberapa bulan kemudian, baie digemparkan pula dengan keadaan tok baie sebelah mak..iaitu mak kepada mak baie..juga kena strok..selepas diberi rawatan Alhamdulillah beransur pulih..malangnya, kejadian tok baie terjatuh didalam rumah mungkin akibat kekejangan otot, membawa perubahan yang amat besar dalam hidup kami..Mana tak nya, tok baie lumpuh sebelah kiri..kemudiannya nak bercakap tak boleh, kemudiannya, tok baie pulak dilaporkan susah nak bernafas, akibat kahak yang ada dalam tekak..terpaksa lakukan pembedahan..Pembedahan dengan menebuk leher tok baie supaya dapat bernafas kembali..Memang bole bernafas dengan lancar tetapi melalui leher yang ditebuk, bukan dengan hidung..Allahurobbi..Barang keperluan tok baie pula, sangatlah mahal..Susu 1 minggu diperlukan sebanyak 3 tin..RM240..Sebulan? RM960..belum lagi kos tukar tiub..tukar tiub RM40 untuk sekali tukar..Allah..Kemudiannya, abah baie pula dimasukkan ke hospital, akibat sesak nafas dan penat selepas tersalah makan, makanan yang berangin..Allah...hanya tuhan ja tahu apa perasaan baie..Ya Allah,. permudahkanlah urusan hambamu ini didunia dan diakhirat..mudahkanlah..amin ya rabb..