Takziah diucapkan kepada keluarga Mak Yah dan Abd Aziz di atas pemergian anak mereka..Umum mengetahui arwah membuat permohonan untuk penukaran jantina.Arwah juga pernah mengeluarkan kenyataan, arwah rela mati untuk memperjuangkan hasratnya itu...Walaupun boleh dikatakan masyarakat mencaci dan melemparkan kata-kata kurang enak kepada arwah dan keluarga, kita juga sebagai hamba yang kerdil tidak layak untuk menghukum orang.Siapa lah kita untuk menghukum.Biarlah arwah dengan urusan Tuhan Yang Maha Adil..Kita jadikan sebagai pengajaran dan pedoman hidup...Baie bukan mengagungkan arwah, dan Baie sememangnya tidak bersetuju dengan hasrat arwah..Apa pun, moga arwah melalui hidupnya di sana dengan tenang...Wallahualam...ini serba sedikit berita kematian arwah...
KUALA TERENGGANU – Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi.
Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.
Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.
Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan, memetik Bernama.com.
Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau ‘unstable angina with cardiogenic shock’.
Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.
Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.
(p/s:sama-sama kita mengambil iktibar dan pengajaran dan semoga roh arwah dicucuri rahmat hendakNya..)Thanx for reading!
No comments:
Post a Comment