MATA umpama cermin kaca yang menjadi refleksi suara hati. Apa sahaja isi hati seseorang, semuanya jelas terpancar menerusi pancaindera itu.
Sebagai satu langkah merevolusi dan menginovasi teknik solekan, jenama kosmetik terkenal, Shu Uemura memperkenalkan koleksi Tokyo Lash Bar 2009, baru-baru ini.
Koleksi Tokyo Lash Bar menampilkan bulu mata palsu yang menjadi instrumen alternatif yang cukup unik. Ini kerana ia memberi impak dramatik dan menggoda pada mata. Ia juga mendapat sentuhan barisan jurusolek profesional jenama Shu Uemura yang dikenali sebagai black book artis. Antaranya ialah Stevensunny, Taisu, Emma Mustafa, Chufan, Najeeb, Surya Zainul dan Sheng Saw.Thanx for reading!
No comments:
Post a Comment