Pages

Followers

Saturday, July 25, 2009

Tolong Tegur...


Tolong tegur si dia, bila dia mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia hanyut dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, bila nafsu mengawal mindanya..

Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarga..

Tolong sabarkan si dia, cita-cita paling utama sebelum cinta..
Tolong sabarkan si dia, andai jauh diri ini kerana menjaga batas cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menambahkan rindunya..

Tolong pesan padanya, aku tidak mahu memalukannya..
Tolong pesan padanya, aku mahu dia berjaya mencapai cita-citanya..
Tolong pesan padanya, aku berdoa supaya Yang Maha Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan padanya, aku tidak mahu melekakannya..
Tolong khabarkan padanya, aku tidak mahu dia gagal dalam perjuangannya..
Tolong khabarkan padanya, aku sentiasa mendoakan kejayaannya..

Tolong sampaikan padanya, aku harapkan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan padanya, cinta kerana Allah tidak ternilai harganaya..
Tolong sampaikan padanya, hubungan dengan-Nya perlu dijaga..
Tolong sampaikan padanya kerana aku tidak mampu menyampaikannya sendiri kepadanya..

Hanya Engkau Ya Allah yang mengetahui siapa dirinya..
Moga pesananku sampai kepadanya walau siapa jua dan dimana jua dirinya berada..
Simpanlah pesanan ini sehingga Engkau bertemukan ku dengan si dia suatu hari nanti..
Terima kasih Ya Allah.. :)

Thanx for reading!

No comments: