Pages

Followers

Monday, July 27, 2009

Perginya Sebutir Permata Seni...




Al-Fatihah...Semoga roh Allahyarham Yasmin dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan yang beriman..Amin..

MASIH jelas terbayang dalam ingatan ramai orang di Malaysia pada sosok bernama Yasmin Ahmad. Siapa sahaja yang tidak teringat dengan pesonanya yang dilihat sering menyarung baju kebaya putih dan dipadankan dengan kain batik, berselipar serta menjinjit tas tangan sambil berjalan penuh santun.

Kesederhanaan pengarah filem prolifik itu yang menyuntik elemen masyarakat majmuk tanpa menunjukkan sebarang kemewahan duniawi dalam karya garapannya sebelum ini membuatkan dia lekas meraih perhatian khalayak pelbagai kaum.Saat Allahyarham Yasmin, 51, dikebumikan, deraian air mata pantas gugur dan bergenang dalam kelopak mata setiap ahli keluarganya. Mereka seolah-olah tidak mampu berdepan dengan hakikat anak yang selama ini ditatang bagai minyak yang penuh berada di dalam liang lahad.Allahyarham Yasmin telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Pakar Damansara, Petaling Jaya pada pukul 11.25 malam kelmarin selepas menjalani pembedahan pada Khamis lalu setelah diserang strok dan mengalami pendarahan otak.Walaupun beliau sudah tiada di muka bumi ini lagi, paling pasti rakyat Malaysia tetap akan merindui beliau. Tiada kata lain yang dapat dizahirkan melainkan ucapan semoga Yasmin ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan rohnya bersemadi dengan aman di alam seterusnya. Selamat tinggal Yasmin! Thanx for reading!

No comments: