Pages

Followers

Sunday, June 5, 2011

Kuala Perlis

Saat Baie menulis ni, Baie baru balik dari kuar lepak bersama kawan-kawan terbaik dan rapat dengan Baie..Kuala Perlis?Kenapa Kuala Perlis?Kenapa Baie nak tulis tentang Kuala Perlis...emm..tadi Baie kuar lepak, wow...sangat ramai orang dalam pekan Kuala Perlis, macam ada kenduri, dengan kereta diletakkan kiri dan kanan jalan,kedai-kedai makan di sekitar Kuala Perlis ada yang untung besar malam ni...Ya la kan, hari minggu, tambahan pula, cuti sempena Hari Agong kan..Anda lalu sajalah jalan mana yang ada kedai makan, semua ada pelanggan yang ramai lebih dari biasa.Baie terlupa lak nak ambil gambar, kalau tak boleh korang tengok.Antara kedai yang sangat ramai, Kedai MUSLIM IKAN BAKAR depan petronas Kuala Perlis, depan Hotel Putra Brasmana, KOMALAUT, tepi pantai warung 3557 (kedai Baie lepak tadi), gerai-gerai kecil tepi jalan yang jual makanan bakar, kedai disekitar pekan Kuala Perlis, wah..banyak kedai makan di Kuala Perlis.Kebanyakan kedai yang terdapat di Kuala Perlis adalah kedai yang menjual makanan laut seperti, ikan, sotong, kerang, ketam dan macam-macam lagi..Tak hairan la kawasan Kuala Perlis terletak di pinggir laut dan pelbagai jenis makanan dan masakan ada seperti, ikan bakar, ikan masak stim, ikan tiga rasa, sotong goreng tepung, tomyam, sayur kailan, wah...........banyak..mai la Kuala Perlis, bawa mak ayah, sedara-sedara semua sekali sekala...best kan kalau dapat makan ramai-ramai..bagi Baie la kan, Kuala Perlis pada waktu malam lebih meriah dari tempat-tempat lain yang ada di Negeri Perlis ni.Nasib la Baie pun tinggal di Kuala Perlis..hehe..best2..hihi..ok la, saja Baie ceritakan sikit mengenai Kuala Perlis ni, tempat tinggal mestilah cerita..kan2..salah satu cara mempromosi Negeri Perlis...orait..apa-apa pun Thanx for reading!

No comments: