Cerita apa yang Baie maksudkan? Ok, cerita ni mengenai penipuan...Apa sangkut paut penipuan dengan cerita Baie nak sampaikan??? Ok, macam ni, Ustazah ada cerita, seseorang itu jika menipu kecil, dia akan menipu lagi besar...Untuk menutup menipu kecil dari diketahui, dia perlu menutup dengan penipuan yang besar, dan jika untuk menutup penipuan yang besar dari diketahui, dia perlu menutup pula dengan penipuan lagi besar, dan jika mahu menutup penipuan yang lagi besar dari diketahui, dia perlu menutup lagi dengan penipuan lagi lagi besar dan begitulah seterusnya...Jika dia sudah tidak mampu untuk menipu, anda tahulah apa yang akan terjadi jika orang sekeliling sudah mengetahui...Ustazah sudah pesan, jangan mulakan menipu terhadap orang, itu akan menjadi tabiat...Harus menipu sekiranya keadaan itu mengancam nyawa contohnya : Rumah sepasang suami isteri dimasuki penyamun, penyamun mengugut mahu membunuh sepasang suami isteri jika tidak menyerahkan barang kemas, jadi barang kemas suami isteri tersebut adalah palsu, penyamun bertanya adakah ini yang asli??? Jadi untuk menyelamatkan nyawa, sepasang suami isteri harus berbohong dan mengatakan ianya adalah asli walaupun barang kemas itu adalah palsu...faham???...hurm..itu yang Baie nak kongsikan...faham-faham lah kita ambil yang mana baik dan yang mana buruk...
(p/s: Sama-sama kita ubah ke arah yang lebih baik)
Thanx for reading!
No comments:
Post a Comment